Header Ads

ads header

Flash News

Tiga Pekerja One City Yang Menyerang Kuil Diwakili Peguam BERSATU


iga pekerja pemaju One City Developement Sdn Bhd adalah antara 16 orang yang ditahan reman antara dua hingga lima hari oleh Mahkamah Majistret kerana didakwa melakukan kesalahan jenayah di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, semalam.

Majistret Nor Ariffin Hisham mengeluarkan perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 18 hingga 49 tahun itu bermula hari ini di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah).

Peguam Parti Peribumi Bersatu (PPBM) Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili tiga daripada suspek yang juga pekerja syarikat pemaju tersebut.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi Isnin itu tercetus apabila puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil hingga berlaku pergaduhan antara dua kumpulan yang menyebabkan 18 kereta pelbagai jenis dan dua motosikal terbakar.

-Tun Carlos

# LINK


MR :  Tak hairan kerana BERSATU tu daripada 'usus' UMNO


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan