Header Ads

ads header

Flash News

Tidak Benar Bukit Aman larang keluar rumah malam ini hingga esok


SUBANG JAYA - Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari menafikan penularan mesej di media sosial yang mendakwa terdapat pesanan daripada polis Bukit Aman yang melarang orang ramai keluar rumah dari jam 9 malam ini hingga esok.

Beliau berkata, dalam mesej yang tular itu dikatakan akan berlaku serangan rawak di USJ dan Subang Jaya malam ini.

"Mesej itu mengatakan kononnya akan berlaku rusuhan besar-besaran dan mendakwa Sunway serta USJ adalah kawasan hitam.

"Keadaan semasa di seluruh kawasan Subang Jaya adalah tenang, selamat dan terkawal. Netizen diminta berhenti daripada menyebarkan perkara yang tidak benar di media sosial," katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, tular mesej mengatakan Sunway, Kelana Jaya, USJ, Puchong,Klang,Bukit Beruntung dan Rawang menjadi kawasan hitam malam ini.

Dalam mesej yang tular itu turut dinyatakan polis memberi maklumat ada pihak yang akan memgulangi rusuhan besar-besaran malam ini. "Dia (polis) minta orang Melayu kalau boleh jangan keluar rumah dan merayap. Kalau tengah memandu kunci pintu kereta. Semua polis, FRU 'standby' malam ni," tulis mesej tular terbabit.

MR :  Zaman PH banyak berita tak boleh percaya.."jenis kencing" juga ni


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Tak semua perkara didebitkan kepada KERA jaan sebelum ini. Ada juga kredit yang harus diberikan bagi perkara yang dilakukan sebelum ini dan salah satunya adalah undang2 anti berita palsu yang amat relevan kegunaannya kepada KERA ejaan harapan (30% Melaise, 75% Indie dan 90% Chinoni).

    BalasPadam