Header Ads

ads header

Flash News

Tiada sebab upah perusuh, kata pemaju dalam isu kuil Seafield


PETALING JAYA: One City Development Sdn Bhd menegaskan ia tiada kaitan dengan pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pagi tadi.

One City dalam kenyataan berkata ia terkejut dengan laporan memetik Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang membayangkan ia terlibat.

Media memetik Noor Rashid sebagai berkata: “Mungkin pihak yang nak ambil alih mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk memudahkan mereka ambil alih kawasan tersebut. Ada kemungkinan mereka ini kumpulan samseng, dan pastilah kumpulan berbangsa India cuba mempertahankan (pencerobohan).”

Menurut laporan Bernama, Noor Rashid berkata begitu ketika mengulas isu tersebut selepas satu acara di Kelantan.

“One City meminta penjelasan lanjut tentang kenyataan ini, memandangkan kita sentiasa mematuhi undang-undang dan proses yang wajar,” katanya merujuk kepada penempatan semula kuil tersebut.

Ia berkata komitmen mereka terbukti dalam 2 kes mahkamah yang dilaluinya serta perbincangan bersama pihak-pihak berkepentingan.

Ia berkata tawaran tanah sebagai tapak baharu untuk kuil, pampasan RM1.5 juta, dan penangguhan penempatan semula kuil bagi memberi laluan kepada upacara-upacara yang perlu diadakan membuktikan lagi komitmennya kepada penyelesaian secara aman.

“Selain itu, menurut penghakiman persetujuan 2014, kami tiada sebab untuk terlibat dalam hal itu kerana pihak berkuasa sudah terikat dengan perintah mahkamah untuk membantu dalam proses itu, dengan matlamat utama memastikan penempatan semula secara aman.

“Kami membenci keganasan yang berlaku pagi tadi dan tidak pernah berfikir untuk terlibat dalam tindakan sedemikian.”

One City menambah ia berharap pihak berkuasa akan menunjukkan bukti ia terlibat dalam kejadian itu dan ia sedia membantu siasatan pihak berkuasa.

“Malah, pengurusan kanan One City telah berkomunikasi dengan polis dan satu temu janji telah ditetapkan untuk membantu siasatan.”

Awal hari ini, polis mengatakan pergaduhan awal pagi antara para penganut kuil Hindu di USJ25 dan kumpulan kedua adalah salah faham yang timbul daripada isu penempatan semula kuil itu.


MR :  Habis siapa yang cuba cetus ketegangan ini?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Tiada sebab untuk kumpulan Melayu pergi ke kuil kecuali mereka telah ditipu oleh puak ultra kiasu yang mahu mencetuskan konflik perkauman antara kaum India dan kaum Melayu !!!! Mengapa ultra kiasu mengupah sebilangan Melayu (bukan kongsi gelap china yang bersepah di KL) untuk pergi ke kuil ?

    Yang amat menghairankan kita ialah puak India menyalahkan kaum Melayu tetapi mereka tidak menyalahkan puak ultra kiasu yang mempunyai kepentingan dalam isu ini. Yang untung pastilah puak ultra kiasu kerana berjaya menarik kaum India menyokong mereka!!!

    BalasPadam