Header Ads

ads header

Flash News

Teruskan Agenda Penyelesaian Islam


ARAU : Tema ‘Islam Memimpin’ yang diangkat pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-64 merupakan suatu simbolik dalam menegaskan betapa pentingnya peranan setiap pendokong PAS untuk terus menerajui agenda penyelesaian Islam bagi membentuk suasana politik baharu dan mencorak masa depan negara, melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Demikian dinyatakan oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik semalam ketika dijemput menjadi salah seorang pembentang ucapan dasar dalam Munaqaysah Ucapan Dasar Presiden dan Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Perlis di Balai Islam Madi, Jejawi Dalam, Arau.

Memetik potongan ayat ke 55 dan 56 dari surah Al-Maidah, beliau menegaskan konsep wala’ iaitu kesetiaan dan taat kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W secara mutlak serta kepimpinan Islam yang bersyaratkan iman dan sentiasa mentaati Allah dalam urusan ibadah perlulah bermula dari sekecil-kecil perkara, baik dari pembentukan sistem bermasyakat sehinggalah kepada sebesar-besar perihal memimpin negara.

Tambah beliau lagi, PAS meletakkan Islam di tempat tertinggi demi mencapai tujuan penubuhan sebagaimana termaktub di dalam perlembagaannya, justeru diwujudkan kepimpinan ilmuan Islam secara kolektif dengan perlantikan AJK PAS Pusat melalui muktamar serta pelantikan Ahli Majlis Syura Ulama’.

Sehingga hari ini katanya, PAS berjaya mempertahankan ciri-ciri sebagai sebuah Parti Islam secara amali yang tidak mampu diganggu gugat oleh musuh-musuh Islam sejak zaman penjajah sehingga kini.

PAS juga menurutnya, sentiasa melakukan penambahbaikan mengikut perkembangan semasa walaupun pemimpinnya bersilih ganti dalam menghadapi mehnah dan tribulasi sejak tahun pertama ia ditubuhkan.

Ujarnya, masyarakat pada hari ini berhadapan dengan kegagalan ideologi ciptaan manusia yang memberi implikasi kepada negara dan rakyat, sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Keadaan yang sama turut dialami oleh negara umat Islam yang menumpang dasar selain Islam, kerana terpengaruh dengan negara besar yang pernah menjajahnya.



Tambah beliau lagi, kegagalan kerajaan yang memerintah di negara umat Islam selepas meneruskan dasar warisan penjajah menjadi bukti yang nyata kepada rakyat untuk beralih kepada penyelesaian Islam yang syumul.

Beliau turut menyeru para hadirin untuk memahami kepentingan umat Islam agar memiliki pemimpin yang memenuhi sifat kepimpinan Islam, baik dari segi aqidah yang tulen, ilmu yang tinggi dan akhlak terpuji, serta berupaya untuk menjaga keharmonian pelbagai kaum dan agama.

PAS ujarnya lagi, menghadapi pelbagai cabaran kerana terus beristiqamah untuk menyelamatkan masyarakat dengan Islam, menghadapi penganut Islam yang tenggelam di dalam kejahilan beragama, serta kalangan bukan Islam yang tenggelam dalam kekeliruan dan fitnah ‘Islamofobia’.

Justeru, beliau menyeru agar seluruh penggerak parti supaya berusaha untuk meningkatkan ilmu kefahaman serta mengurangkan sikap suka mengkritik, sebaliknya bekerja memperkenalkan Islam kepada masyarakat di samping terus yakin dengan janji-janji Allah.

“Kesemua cabaran ini menuntut kepada kita untuk melipatgandakan persediaan dan tindakan secara berstrategi, dan kita meletakkan keyakinan bahawa kemenangan yang dijanjikan Allah merupakan kurniaan kepada mereka yang ikhlas dan sabar dalam perjuangannya,” katanya pada akhir sesi pembentangan.

MR :  Awasi Malaysiakini suka buat berita persepsi daripada ucapan pimpinan PAS


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan