Header Ads

ads header

Flash News

Tan Sri Shukry disingkirkan jawatan Pengerusi Bank Rakyat


PUTRAJAYA 26 Nov. - Tan Sri Shukry Mohd. Salleh disingkirkan daripada jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Rakyat berkuat kuasa serta-merta berikutan keterlibatan dalam Laporan Asal Audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, tindakan berkenaan dibuat selaras dengan Seksyen 5 dan subperenggan 2(2) Jadual Pertama Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202).

"Sehubungan dengan itu, apa-apa keputusan yang memberi implikasi kepada Bank Rakyat yang telah dibuat sepanjang Tan Sri Shukry Mohd Salleh menjadi Pengerusi Lembaga Bank Rakyat akan disemak semula dan dibatalkan sekiranya menjejaskan kepentingan Bank Rakyat.

"Menteri Pembangunan Usahawan akan mengumumkan pelantikan Pengerusi Lembaga Bank Rakyat yang baharu sebaik sahaja proses pelantikan dimuktamadkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr. Madinah Mohamad berkata, perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB diarah digugurkan dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Madinah dalam satu kenyataan memberitahu, perkara itu diarahkan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry pada 26 Februari 2016 atas alasan ia sensitif dan untuk mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu. - Utusan




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sekarang ular lidi bersatu mahu menjalani transformasi untuk menjadi ular sawa yang akan menelan parti mata iluminati dan parti kuali imayam putumayam !! Jika ini berlaku, bekas banduan liwat akan menggigit jari kerana kempunan telur tembakul ! Kah kah kah ki ki ki ha ha ha ha

    BalasPadam