Header Ads

ads header

Flash News

Surat terbuka buat presiden PKR


Setelah mengikuti perkembangan politik PKR dan konvensyen baru-baru ini, kami masyarakat Dayak (terutamanya penyokong Pakatan Harapan) merasa amat terkilan dengan perkembangan yang berlaku di dalam PKR.

Di Sarawak, sokongan kepada PKR mula subur dengan meningkatnya sokongan Dayak, yang kebanyakannya kecewa dengan Barisan Nasional (BN) selama ini.

PKR lah satu-satunya wadah harapan kami untuk memberi ruang dan peluang bagi kaum Dayak membawa suara kami bagi menaikkan taraf sosio ekonomi kami yang sekian lama didiskriminasikan pimpinan BN.

Pemimpin PKR Dayak

Pemimpin Dayak yang berkredibiliti mendokong serta menggerakkan perjuangan PKR di Sarawak selama ini diketuai YB Baru Bian dan YB Ali Biju serta disokong rakyat di peringkat akar umbi. Ini yang memenangkan Baru Bian di Selangau serta Ali Biju sejak 2 penggal, Dr Michael Teo di Miri hingga ke Puncak Borneo.

Kemunculan Larry Sng 

Kemunculan Larry Sng yang hanya setengah tahun jagung menyertai PKR nampaknya telah diberi kelebihan oleh pihak atasan PKR. Hal ini amat mengecewakan penyokong tegar PKR Sarawak. Kami akan terus berdiri di belakang Baru Bian dan Ali Biju sebagai pembawa suara rakyat Sarawak di peringkat persekutuan.

Peranan Larry Sng yang menjadi pengiring kamu berjumpa Tun Taib Mahmud juga sungguh mengejutkan penyokong PH di Sarawak.

Umum mengetahui Taib adalah musuh kamu dan kamu telah dengan lantang membantah Taib sebagai perompak harta kekayaan Sarawak. Ramai rakyat Sarawak bertanya, kenapa dengan tiba-tiba kamu sekarang seakan-akan membuat “deal” dengan perompak kekayaan negeri ini?

Perjuangan pemimpin Dayak dalam PKR 

Sedarkah kamu bahawa pemimpin-pemimpin tegar seperti Baru Bian, Ali Bjiu dan yang lain dari Sarawak telah banyak diaibkan hanya kerana mendokong perjuangan reformasi kamu untuk PKR? Mereka dimalukan, dan dipinggirkan oleh kerajaan negeri, sahabat handai hanya kerana PKR! Tetapi mereka dan penyokong mereka tetap bersama-sama PKR.

Dua pilihan raya sebelum ini, merekalah yang mengatur dan menggerakkan jentera pilihan raya di Sarawak, dengan serba kekurangan demi PKR, sedangkan Larry Sng dengan kemewahan wang ringgit melawan calon PKR selama ini.

Sekarang, penyokong PKR Sarawak terpinga-pinga, parti yang diharapkan, tetapi ketua dipinggirkan. Lebih perit lagi, menahan segala sindiran serta tohmahan dari pihak Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tertawakan perjuangan PKR terbantut separuh jalan.

Kalau inilah sikap pemimpin PKR Pusat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya bermimpi untuk menawan Sarawak di pilihan raya negeri akan datang.

Wasalaam…
Daripada rakyat Sarawak yang kecewa.


MR :  Parti PKR adalah parti anak beranak dan kroni, apa nak kisah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Anwar dah maaf kan semua pemimpin yang corrup . Sekarang buka pintu baru. Lihat dia sama Mahathir betapa mesra sekarang . Semua salah laku Mahathir yang dia katakan dahulu dah jadi berseh serta merta. Atau mungkin dia berbohong pada rakyat .Memaafkan suatu yang mulia tapi kesalahan yang melibat hak rakyat wajib dihukum.

    BalasPadam