Header Ads

ads header

Flash News

Saya nak minta maaf kerana sebelum ini berburuk sangka kepada ulama


Menarik betul malam tadi dalam program ayahchik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ada seorang wanita bangun meluahkan apa yang terbuku di hati dia,

''Saya nak minta maaf lah tuan guru kalau sebelum ni saya pernah ada berburuk sangka. Saya tahu ramai orang yang datang sini ada yang macam berburuk sangka terhadap ulama' kan. Sekarang ni saya dah matang''.

Dia juga siap minta doa lagi,

''Tuan guru last permintaan saya, saya bakal melahirkan zuriat, jadi saya minta doalah''


Aku tertunggu-tunggu juga bagaimana respon ayahchik. Ayahchik pun kelihatan ceria dan senyum bila respon tentang luahan ini,

''Masalah apa ni buruk sangka terhadap saya, saya maafla takpa. Orang kita kata tak kenal maka tak cinta, saya anggap yang tanya tu cucu saya, yang tanya tadi tu pangkat cucu. Alhamdulillah, itu biasa la timbul salah faham ni''. Orang yang hadir pun sambut dengan tepuk tangan dan ketawa kecil.

Begitulah hidup ni teman-teman, belum terlambat untuk kembali. Cukup-cukup lah kita berburuk sangka terhadap ulama. Kita termakan dengan persepsi yang ditanam oleh setengah pihak untuk membenci ulama.

Bak kata ayahchik, tak kenal maka tak cinta. Mari lah sama-sama dekati ulama ini, mereka tak terkesan pun dengan buruk sangka kita, fokus mereka terhadap perjuangan agama tersangat lah besar.

Malam tadi sarat dengan ilmu, ilmu ekonomi, ilmu geopolitik, konflik negara arab, peranan Malaysia, pejuang tanah air, konspirasi menjatuhkan Islam dan banyak lagi. Sesekali aku tertarik berkenaan konflik politik Turki yang disampaikan secara ringkas oleh ayahchik. Tak puas dengar walaupun 2 jam lebih!

M Khairil Syazwan,
Yang cetek pengetahuan.


MR :  Sebaik-baik perbuatan sesama kita ialah maaf


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Klau biasa dengar khutbah jumaat ayah chik,tak mau dah dengar khutbah khatib lain

    BalasPadam