Header Ads

ads header

Flash News

Rusuhan di kuil: Waytha Moorthy sekali lagi gagal jadi menteri perpaduan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy sekali lagi gagal membuktikan beliau layak menjadi menteri perpaduan apabila menyalahkan pihak polis dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, awal pagi semalam.

Setiausaha Agung Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Eqwan Roslan berkata, Waytha Moorthy tidak sepatutnya mendahului pihak berkuasa dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan fakta sebenar kes.

Menyifatkan menteri Pakatan Harapan itu telah mensia-siakan peluang yang diberi rakyat katanya, pemimpin utama pertubuhan radikal Hindraf sudah agak keterlaluan.

“Jika beliau mahu Bukit Aman mengeluarkan kenyataan, tunggu saja kenyataan, bukan mengatakan siapa salah.

“Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama beberapa Ahli Parlimen lain yang tidak dapat dipastikan apa kaitan portfolio di antara mereka. Itu turut menjadi persoalan,” katanya.

Waytha Moorthy semalam dilaporkan menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya, susulan isu rusuhan berkenaan.

Beliau mendakwa, polis daerah Subang Jaya mengeluarkan kenyataan salah apabila mengatakan rusuhan bnerpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil.

Katanya, kenyataan salah dan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat India kerana kelewatan serta tindakan polis yang tidak berkesan untuk mengawal insiden berkenaan.

Kecewa dengan kenyataan pemimpin tertinggi kerajaan, Eqwan berkata, Waytha selaku menteri yang bertanggungjawab berkenaan perpaduan sepatutnya beliau tampil untuk menenangkan keadaan.

“Beliau tidak perlu bercakap untuk salahkan sesiapa. Perwatakan beliau semalam tidak beza daripada video beliau yang tular sebelum ini, iaitu menyalahkan pihak lain dan tidak mahu ambil tanggungjawab.

“Saya kira beliau telah sia-siakan peluang beliau untuk menjadi seorang menteri yang boleh diharapkan,” katanya.




MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan