Ramai Rakyat jadi mangsa, Menteri PH berbalah buat kenyataan
KUALA LUMPUR: “Kalau polis gagal, mungkin ada yang kehilangan nyawa.”
Itu penegasan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman dalam mempertahankan polis yang menjalankan tugas dengan baik dalam mengawal rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, awal pagi tadi.
Kenyataannya itu menyangkal dakwaan beberapa menteri dan Ahli Parlimen yang mendakwa polis tiba lewat serta tidak berkesan dalam bertindak mengawal insiden berkenaan.
Mohd Azis berkata, polis menerima maklumat mengenai kekecohan di kuil berkenaan pada jam 2.40 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.
Bagaimanapun, katanya, kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian dilempar dengan objek dan dihalang oleh kumpulan individu yang berkumpul di hadapan kuil berkenaan, hingga memaksa mereka memanggil pasukan sokongan.
“Ketika memanggil pasukan sokongan suasana belum tegang, tapi apabila bantuan tiba, keadaan menjadi kurang terkawal.
“Polis terus meminta bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
“Mengikut laporan yang saya terima, FRU tiba di lokasi sekitar jam 3 lebih, maka dakwaan FRU sampai jam 6 pagi itu tidak tepat.
“Polis menjalankan tugas dengan baik. Buktinya, tiada kemalangan jiwa berlaku dan keadaan sekarang terkawal, menandakan polis menjalankan tugas dengan cekap serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy yang membacakan kenyataan bersama beberapa menteri, mendakwa hanya satu kereta peronda Polis Daerah Subang Jaya tiba di tempat kejadian pada jam 4.15 pagi, manakala FRU pula tiba jam 6 pagi.
Waytha Moorthy turut menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis Daerah Subang Jaya kerana mengeluarkan kenyataan salah apabila mengatakan punca rusuhan itu adalah perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil.
Mohd Azis berkata, kenyataan dikeluarkan di Facebook Polis Daerah Subang Jaya itu hanya kesilapan dan ia sudah diperbetulkan.
“Semua pemimpin politik dan badan bukan kerajaan (NGO) berhenti keluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan beri ruang polis menjalankan tugas,” katanya.
Ditanya sama ada polis akan menyiasat EXCO Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, Mohd Azis berkata, polis menumpukan siasatan mencari dalang di sebalik rusuhan itu.
“Ini tiada kaitan dengan isu agama atau bangsa, ia isu pertikaian tanah antara pihak swasta dan kuil,” katanya.
Mengenai sama ada wujud dalang yang menghantar sekumpulan 50 individu menyerang kuil itu, Mohd Azis berkata, polis akan bertindak jika siasatan mendapati ada pihak yang mengupah pihak tertentu untuk menimbulkan kekacauan. – BH Online
---
Menteri India PH bertindak seolah olah mereka dari parti pembangkang sedangkan polis adalah di bawah kerajaan PH. Sepatutnya mereka gunakan saluran kabinet untuk menegur polis dan bukannya melalui media. Polis bertindak ikut profesional tanpa dipengaruhi mana-mana parti politik. Timbalan Melayu pula balas kenyataan. Bos Muhyiddin Yasin patut tegur menteri menteri PH dalam mesyuarat kabinet Jumaat ini.
MR : Apa-apa pun menunjuk bahawa menteri PH dikalangan mereka yang prajudis, lemah dan emosi
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
cha cha marba
BalasPadamWytha miss the wood for the tree
BalasPadamGana ingat terlajak kata boleh buat macam terlajak perahu