Header Ads

ads header

Flash News

Rafizi jadi MB NS spekulasi nakal


SEREMBAN - Spekulasi kononnya Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dinamakan sebagai calon sekiranya PRK Dun Rantau diadakan dan sekali gus diangkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, disifatkan sebagai spekulasi nakal.

Pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun berkata, sehingga hari ini mahkamah belum membuat keputusan terhadap petisyen pembatalan PRK Dun Rantau itu.

“Keputusan mahkamah pun belum keluar lagi sudah ada spekulasi dan saya rasa rasa ini spekualsi nakal... bukan saya sayang jawatan, saya akan beri kalau itu kehendak pimpinan pusat.

“Tetapi saya kalau Rafizi diletakkan sebagai menteri besar adalah suatu perkara yang amat nakal daripada orang yang buat spekulasi ini kerana pada saya peranan dia lebih besar dari itu bukan sebagai pemimpin negeri.

"Ini (spekulasi) orang-orang nakal yang cukup tidak puas hati, pemilihan parti pun belum habis,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, keputusan siapa yang akan menjadi calon hanya akan diputuskan pucuk pimpinan dan beliau hanya sekadar dapat memberi nama calon yang dirasakan sesuai.

“Siapa calon saya serah pada pucuk pimpinan, kita diperingkat negeri biasanya menamakan beberapa nama dan serahkan kepada pucuk pimpinan, calon tempatan atau tidak bukan saya putuskan... saya yakin pimpinan tahu siapa harus jadi calon yang akan beri satu tentangan hebat kerana ini kawasan kubu kuat Umno.

"Tetapi untuk calon tempatan setakat ini ada dua tiga nama dalam fikiran saya,” katanya.

Ditanya sekiranya PRK Dun Rantau diadakan dan bagaimana persediaan PH menghadapinya memandangkan Umno telah melancarkan jentera pilihan raya mereka, Aminuddin berkata di peringkat akar umbi sebenarnya telah mengatur strategi.

“Sebenarnya saya ucap ribuan terima kasih di peringkat bawah sebab mereka sudah atur strategi dan telah memaklumkan kepada saya untuk mereka terus sediakan jentera pilihan raya dan saya rasa kita juga telah bersedia sekiranya mahkamah putuskan PRK Rantau diadakan.

Calon PKR Dun Rantau Dr S Streram pada PRU14 memfailkan petisyen pada 23 Mei lalu bagi menuntut perintah supaya PRK diadakan setelah mendakwa pemilihan Mohamad selaku pemenang kerusi Dun itu adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau menamakan Mohamad sebagai responden pertama; Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Rembau Amino Agus reponden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga. - Bernama


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan