Header Ads

ads header

Flash News

Polis kata ada maklumat untuk kenalpasti penyerang yang mencederakan ahli bomba


SHAH ALAM - Pihak berkuasa mendapat maklumat terbaru yang dipercayai dapat membantu mengenalpasti pasti individu yang bertanggungjawab mencederakan anggota bomba dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, awal pagi tadi.

Menyatakan demikian, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata pihaknya sedang memburu mereka yang terlibat dan tidak akan berkompromi dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut.

"Kita tengah memburu mereka yang telah mengakibatkan anggota kita cedera. Kita ada sesuatu, saya pun baru dapat maklumat tadi. Adalah benda-benda yang akan kita siasat.

"Kita akan ambil tindakan tegas … Apa yang telah berlaku melebihi had yang sepatutnya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) selepas melawat Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Subang Jaya yang cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki dalam rusuhan itu. – Bernama

MR :  Bukan cendera bomba sahaja, orang awam dan sesama mereka semuanya kena cari sampai lubang cacing


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan