Header Ads

ads header

Flash News

Pertemuan Dengan Yab Perdana Menteri Malaysia


1. Alhamdulillah, saya telah mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi sebagai menghormati dan meraikan lawatan YAB Perdana Menteri ke Negeri Kelantan.

2. Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam pertemuan sebentar tadi terutamanya melibatkan masa depan Negeri Kelantan sendiri. Tun berkongsi cerita pengalaman beliau yang luas sejak zaman sebelum kemerdekaan, selepas kemerdekaan dan sehinggalah pada tahap Malaysia berada sekarang.

3. Beliau juga menyebut tentang peripentingnya usaha orang Melayu untuk bekerja kuat dan melipatgandakan usaha dalam membangunkan ekonomi dan masyarakat supaya tidak ketinggalan berbanding dengan bangsa lain.

4. Tun juga mengakui bahawasanya rakyat Kelantan adalah adalah rakyat yang kuat pegangan agamanya dan sentiasa meletakkan asas agama dalam setiap tindakan dan keputusan.

5. Daripada perbincangan tadi, saya boleh simpulkan bahawa sikap bekerja keras dan berpegang teguh kepada agama adalah bertepatan dengan seruan Islam sebagaimana kenyataan para salafussoleh:

إعمل لدنياك كأنك تعيش أبداً
واعمل لآخرتك كأنك تموت غداً

"Beramallah untuk dunia kamu seolah-olah kamu hidup selamanya dan beramallah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari".

6. Dalam pertemuan tadi juga Tun telah memberi respon yang baik berkenaan kajian semula bagi pendaratan gas ke pantai di Negeri Kelantan yang melibatkan kawasan Joint Development Area (JDA) dalam perairan Kelantan. Selain daripada itu, Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyiapkan sepenuhnya Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) kerana ia adalah sangat mustahak bagi kepentingan rakyat Kelantan dan pembangunan negeri.

7. Saya juga telah menyatakan tentang pembangunan sektor pertanian di Negeri Kelantan yang boleh diambil perhatian oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri telah mengeluarkan produk daging lembu sendiri yang dijenamakan sebagai Naimbif. Di samping itu, Negeri Kelantan memiliki tanah rizab haiwan yang luas untuk dimanfaatkan bagi kemajuan sektor pertanian.

8. Saya mengharapkan pertemuan pada hari ini dapat terus mengeratkan lagi kerjasama G to G antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB

(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
3 Rabiul Awal 1440/10 November 2018


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. 3:109 Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi, dan kapada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

    BalasPadam