Header Ads

ads header

Flash News

Pemimpin PH patut redakan isu, bukan tambah lagi ketegangan kaum


Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kecewa kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menguruskan isu kekecohan dan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Ketua Pemudanya, Muhammad Farid Hussin berkata, PH sepatutnya berperanan lebih baik sebagai kerajaan, namun malangnya parti berkenaan terus terperangkap dalam mentaliti pembangkang yang hanya mencari kesalahan pihak lain.

Malah lebih teruk lagi, apabila pimpinan PH sendiri yang menyumbangkan kepada ketegangan antara kaum dengan menyebarkan tuduhan serta fitnah terhadap Islam dan orang Melayu.

“Ahli Exco DAP Selangor, V Ganabatirau menjadi salah satu sumber ketegangan apabila mengaitkan masyarakat Islam sebagai penyerang dalam insiden di kuil semalam.

“Sama ada sedar salah maklumat atau salah langkah dalam menanam kebencian terhadap orang Islam, dia telah menukar status daripada ‘kumpulan muslim’ kepada gangster,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, tindakan Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari membela Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning itu, turut disifatkan betapa lembiknya pemimpin Melayu dalam PH.

Terdahulu ismaweb.net melaporkan Ahli Exco Selangor, V Ganabatirau memuatnaik status dalam Facebooknya menuduh sekumpulan orang Islam menyerang kuil itu.

Tanpa mengemukakan bukti, Adun daripada parti tamak haloba dan anti-Islam DAP itu, berkata, serangan sekumpulan muslim menunjukkan terdapat cubaan untuk mewujudkan ketidakharmonian di kalangan kaum yang hidup aman damai selama ini.

Ganabatirau bagaimanapun, menukar kenyataannya dengan menuduh kumpulan gangster yang berbuat demikian selepas Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menegaskan, tiada unsur perkauman dalam kejadian rusuhan, dan hanya membabitkan perselisihan faham antara dua kumpulan saja.

Pada masa sama, Muhammad Farid berkata, peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy yang sepatutnya meredakan ketegangan, bertindak sebaliknya apabila mengeluarkan kenyataan menyalahkan pihak polis.

“Berapa banyak lagi peluang yang mahu diberikan oleh Perdana Menteri, walaupun pendirian dan tindakan Waytha Moorthy konsisten daripada dahulu lagi, seperti yang dibuktikan dalam video fitnah beliau?

“Bukan sahaja patut dipecat, sepatutnya Waytha Moorthy diambil tindakan yang tegas atas pengkhianatan dan usaha mencetuskan ketegangan kaum yang dilakukan,” katanya.

Waytha Moorthy semalam dilaporkan menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya, susulan isu rusuhan berkenaan.

Beliau mendakwa, polis daerah Subang Jaya mengeluarkan kenyataan salah apabila mengatakan rusuhan berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil.

Moorthy berkata, kenyataan salah dan tidak bertanggungjawab itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat India kerana kelewatan serta tindakan polis yang tidak berkesan untuk mengawal insiden berkenaan.

Serentak itu, Pemuda Isma mencabar pemimpin-pemimpin Melayu di dalam PH untuk membuktikan keikhlasan dalam memperjuangkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

“Dalam isu-isu membabitkan Islam, orang Melayu dituduh ekstrem walaupun hanya ingin mempertahankan hak dengan saluran yang betul.

“Ironinya, dalam isu kuil ini, dengan rusuhan yang berlaku dan kemusnahan teruk, tak kedengaran pula mereka melabel pihak terbabit sebagai ekstrem.

“Yang lebih teruk, ada pula mahu menyalahkan dan memberi amaran kepada orang Melayu supaya tidak menimbulkan ketegangan. Apa jenis orang macam ini, pemimpin ke khadam?,” katanya.

# LINK


MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Culture shock, yakni masih terasa keseronokan dalam melontar verbal diarrhea walhal tugasan sekarang ialah dok sengap dan tekun buat kerja yang dibayar.

    BalasPadam