Header Ads

ads header

Flash News

Pelampau Hindu Tuntut Bina Kuil Di Tapak Runtuhan Masjid


BERPULUH ribu sami dan aktivis pelampau Hindu mula berkumpul di
bandar Ayodhya sejak Ahad untuk menuntut pembinaan sebuah kuil di tapak masjid Babri yang diruntuhkan pelampau Hindu.

Lebih daripada 200,000 orang dijangka berhimpun sekitar lokasi perusuh Hindu pada tahun 1992 meruntuhkan masjid itu yang dibina pemerintah Islam pada kurun ke-16.

Seramai 200,000 nasionalis Hindu dijangka berhimpun di Ayodhya.
Keganasan yang tercetus menyebabkan kematian lebih kurang 2,000 orang, dalam kes yang terburuk di India sejak pemisahan pada 1947.

Lebih daripada 900 polis dan ribuan anggota paramilitari, termasuk komando elit telah diletakkan di seluruh Ayodhya, kata Vivek Tripathi, jurucakap polis negeri Uttar Pradesh. “Kami memantau seluruh bandar melalui CCTV dan kamera dron.”

Masjid Babri yang diruntuhkan oleh pelampau Hindu yang merusuh pada 1992.
Menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun depan, parti Perdana Menteri Narendra Modi, Bharatiya Janata Party (BJP) dan banyak kumpulan Hindu rakan BJP mula meningkatkan tuntutan mereka membina sebuah kuil di lokasi dipertikaikan yang didakwa tempat lahir dewa Ram.

Kumpulan Hindu mendakwa sebelum pemerintah Muslim membina masjid di sana pada 1528, ada sebuah kuil dibina di tapak sama.

Hiasan yang sudah dibuat untuk kuil yang mahu dibina.

“Masjid itu ialah satu penghinaan kepada Hindu dan amat memalukan kerana kita gagal membina kuil di salah satu tapak paling suci bagi agama Hindu,” kata Sharad Sharma, jurucakap Majlis Hindu Dunia (VHP) yang mempunyai hubungan rapat dengan BJP.

Katanya lagi, orang Hindu semakin kurang sabar sudah tiba masanya sebuah kuil besar dibina bagi dewa Ram.

Kumpulan ratusan ribu yang berkumpul itu akan menuntut kerajaan menggubal undang-undang bagi membolehkan pembinaan sebuah kuil, kata Bablu Khan, seorang wakil BJP di Ayodhya.

Kedua-dua pihak Hindu dan Muslim telah menghantar petisyen menuntut Mahkamah Agung India menyelesaikan masalah ini. Mahkamah itu meminta lebih masa untuk menyelesaikan pertikaian ini.

Kata Sharma, penangguhan itu menyebabkan majoriti Hindu di India kecewa dan tidak mahu terus menunggu.

Kedua-dua BJP dan VHP dan perubuhan induk mereka, kumpulan pelampau Rashtriya Swayamsevak Sangh, telah menuntut kerajaan mengeluarkan arahan eksekutif membina kuil dan mengabaikan Mahkamah Agung.

Kawasan yang dipertikai itu kini dipagar dan diletakkan bawah kawalan mahkamah.

Perhimpunan di Ayodhya pada Ahad akan disusuli dengan perhimpunan lebih besar di New Delhi, kata Sharma.

Sentimen Hindu ini turut menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan orang Islam di Ayodhya dan kawasan sekitarnya. – Reuters


MR :  itulah nasib umat Islam di negara orang, tapi malangnya umat Islam di sini bodoh politik untuk jual kemenangan kepada bukan Islam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Puak rasis dan pelampau Hindu sibuk menindas agama Islam, menafikan hak umat Islam dan melakukan keganasan dan pembunuhan ke atas umat Islam di negara India di bawah pimpinan rejim rasis Hindu tetapi pada waktu yang sama puak rasis dan pelampau Hindu menuntut 'kesamarataan' di negara kita walaupun mereka tidak ditindas di negara kita!

    Puak China komunis pula sibuk menindas agama Islam, menafikan hak umat Islam dan melakukan keganasan dan pembunuhan ke atas umat Islam di negara China Komunis tetapi pada waktu yang sama puak rasis ultra kiasu menuntut 'kesamarataan' di negara kita walaupun mereka tidak ditindas di negara kita!
    !

    Ini jelas membuktikan puak pelampau dan rasis kafir harbi mempunyai lidah biawak dan mengamalkan hipokrasi peringkat tertinggi iaitu di waktu mereka lemah, mereka menuntut 'kesamarataan' tetapi apabila mereka berkuasa mereka buang 'kesamarataan' ke dalam tangki najis dengan menindas agama Islam dan umat Islam.

    Ironinya sebilangan kaum Melayu jahil murakkab masih lagi tidak sedar diri dengan menjadi barua dan khadam mereka untuk menghina Islam dan menafikan hak umat Islam termasuk kaum Melayu Islam sendiri.

    Barua-barua mangkuk ayun ini sanggup menjual ibubapa mereka sendiri untuk mendapatkan sedikit habuan dunia seperti wang, dedak dan jawatan boneka !!!

    BalasPadam
  2. Tuduhan Exco DAP Selangor bahaya, melaga-lagakan penganut dua agama !!!
    Laporan polis mesti dibuat terhadap tuduhan V Ganabatirau bahawa umat Islam menyerang kuil di Subang Jaya awal pagi tadi.

    https://www.ismaweb.net/2018/11/26/tuduhan-exco-dap-selangor-bahaya-melaga-lagakan-penganut-dua-agama/

    Nampaknya seorang pemimpin parti kafir harbi DAP telah menfitnah umat Islam secara terbuka. Mohon umat Islam beramai-ramai buat laporan polis supaya polis bertindak ke atas pemimpin DAP tersebut!!!

    BalasPadam
  3. Tuduh umat Islam serang kuil: Pemuda UMNO mahu Exco DAP Selangor disiasat !

    https://www.ismaweb.net/2018/11/26/tuduh-umat-islam-serang-kuil-pemuda-umno-mahu-exco-dap-selangor-disiasat/

    BalasPadam
  4. Pakaton hancing Barua Dapig.full stop

    BalasPadam