Header Ads

ads header

Flash News

Padam muka pengundi yang mengundi PAS di Terengganu, Cukai Pintu di hapuskan... Manifesto dilaksanakan


Wuuuuuu, padang muke yg sokong pas terengganu, kan dah tak boleh bayar cukai pintu🙊🙊🙊🙊🙊🙊, untung lah negeri yg sokong PH, sbb masih buleh byr cukai pintu. - Din Gegar Kemaman



Rakyat Terengganu tidak perlu membayar cukai taksiran atau cukai pintu bagi semua premis kediaman di negeri ini tahun hadapan.

Malah Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua cukai tertunggak juga akan dihapuskan bagi mengurangkan beban rakyat.

"Namun, pengecualian ini tidak terpakai untuk premis perniagaan, syarikat perniagaan masih perlu membayar cukai taksiran seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Belanjawan Terengganu 2019 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan pengecualian itu untuk tahun 2019 dan akan melihat kesannya sebelum mengambil keputusan sama ada ia diteruskan atau sebaliknya pada 2020.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan kepada semua 32 kawasan DUN tanpa mengira sama ada ia dimenangi PAS atau pembangkang, antaranya peruntukan RM1 juta untuk program Hari Keluarga Peringkat DUN dan program perpaduan nasional.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 negeri, Kerajaan Terengganu juga memperuntukkan RM97.9 juta untuk agenda pembangunan kualiti modal insan yang menjadi antara teras dalam pendidikan negeri. - Bernama



MR :  Bila pemimpin ada komitmen Islam dalam dirinya, mereka akan cuba sedaya upaya melaksanakan manifesto iaitu janji kepada rakyat. Tapi jika pimimpin Islam tinggal jamaah Islam bersamadengan bukan Islam yang menetang Islam mereka akau jual agama mereka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan