Header Ads

ads header

Flash News

Najib persoal penjualan hospital Khazanah


Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan penjualan 16 peratus kepentingan Khazanah Nasional Berhad di dalam IHH Berhad kepada kumpulan Jepun Mitsui dengan harga RM8.42 bilion yang menjadikan Mitsui pemegang saham terbesar.

"Kumpulan hospital kedua terbesar di dunia ini (kumpulan hospital Pantai) tidak lagi boleh dipanggil sebagai kumpulan milik Malaysia atau menjadi kebanggaan negara tetapi telah menjadi kumpulan milik negara Jepun.

"Tidak mustahil pengerusi kumpulan ini yang merupakan orang Malaysia selama ini akan digantikan dengan orang Jepun tidak lama lagi.

"Negara kehilangan peluang untuk membina dan memiliki sebuah syarikat syarikat multinasional bertaraf global," katanya melalui kenyataan di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Guan Eng pernah mengumumkan bahawa antara langkah untuk menggantikan kehilangan hasil dari pemansuhan GST, dividen dari Petronas, Khazanah Nasional dan BNM akan dinaikkan.

Jelas Najib, ketika beliau menjadi perdana menteri pada 2009, kumpulan hospitan Pantai hanya bernilai RM5.2 bilion.

Kumpulan itu, katanya, terus berkembang termasuk pembelian kumpulan hospital Singapura bernama Parkway, di mana Khazanah menstruktur semula pegangan aset hospital mereka menjadi IHH Berhad pada tahun 2010.

"Selepas kumpulan ini disenaraikan (IPO) di Bursa Malaysia pada tahun 2012, nilai IHH Berhad meningkat menjadi RM25.6 bilion.

"IPO untuk IHH Berhad merupakan IPO ketiga terbesar di dunia untuk tahun itu. IHH Berhad terus berkembang selepas disenaraikan dengan pembelian kumpulan hospital di negara asing.

"Hari ini, IHH Berhad dianggarkan bernilai RM50 bilion dan memiliki kumpulan hospital terbesar di Malaysia dengan 14 buah hospital, 4 hospital di Singapura, 21 hospital di Turki dan 9 hospital di India," katanya.

Tambah Najib lagi, penjualan RM6 satu saham lebih rendah dari harga tertinggi RM6.42 pada awal tahun ini.

Berdasarkan data Bloomberg, harga saham IHH berubah-ubah pada kadar RM6 sehingga Ogos.

Harga saham itu mula merosot dan mencecah kadar RM4.54 per saham pada 13 Nov.

Penurunan itu berlaku ketika krisis mata wang berlaku di Turki, di mana IHH mempunyai sejumlah besar hospital.

Saham IHH ditutup pada kadar RM5.25 satu saham semalam.

Dalam kenyataan sama, Najib mempersoalkan sama ada penjualan itu merupakan antara langkah untuk Khazanah menaikkan dividen kepada kerajaan susulan penghapusan GST.

"Apa lagi aset negara akan dijual?" soalnya.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih pentadbiran pada 9 Mei lalu berdepan kekurangan pendapatan selepas menghapuskan GST dan beralih kepada SST, selain susulan hutang dari skandal 1MDB.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. mula2 atuk buat hutang dan jual mana-mana harta yang bernilai tinggi lalu si pengganti atuk kene setelkan bila atuk turun dari Puncakjaya.

    hutang atuk dah setel, aset lama dah ditebus semula dan naik nilai, kini bila atuk naik semula ke Puncakjaya ... sejarah diulangi

    BalasPadam
  2. perompak dan penyamun... dua2 lahanat

    BalasPadam