Header Ads

ads header

Flash News

Najib arah sembunyi kehadiran Jho Low dalam mesyuarat


KUALA LUMPUR 25 Nov. - Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad mengesahkan laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipinda atas arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Madinah dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media pada pukul 1.14 pagi tadi memberitahu, laporan itu ada menyebut kehadiran Low Taek Jho atau Jho Low dalam salah satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, namun Najib menerusi Ketua Setiausaha Sulit beliau, Tan Sri Shukry Salleh mengarahkan perenggan itu digugurkan atas alasan ia sensitif dan bagi mengelak fakta diputarbelitkan pihak pembangkang.

Jelas Madinah, berdasarkan kronologi yang disediakan oleh pasukan audit 1MDB, Shukry pada 20 Februari 2016 telah meminta pasukan audit 1MDB untuk kemukakan laporan akhir pengauditan untuk dibincangkan bersama Najib.

Mesyuarat bersama Najib pada 22 Februari 2016 di pejabat Perdana Menteri dengan kehadiran bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Shukry dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang telah mengarahkan pengguguran perenggan yang mengandungi dua versi penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014 dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pihak penguat kuasa.

“Sehubungan itu, pembentangan laporan tersebut kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dijadual diadakan pada 24 Februari 2016 ditangguh kepada 4 dan 7 Mac 2016,” menurut kenyataan tersebut.

Utusan Malaysia semalam melaporkan bahawa Najib telah mengarahkan laporan audit 1MBD yang disediakan Ambrin dipinda.

Berita tersebut yang memetik sumber turut memberitahu, laporan itu mendedahkan Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB.

Kenyataan itu seterusnya mendedahkan, pada 23 Februari 2016, dalam mesyuarat di pejabat KSN, pasukan audit 1MDB telah dimaklumkan bahawa kerajaan telah mengkategorikan laporan akhir pengauditan 1MDB sebagai satu krisis.

Justeru pada hari berikutnya, mesyuarat yang dihadiri Ali, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 1MBD, Arul Kanda, wakil Jabatan peguam Negara dan beberapa pihak lagi membincangkan laporan itu dan beberapa perenggan lagi diarah untuk digugur dan dipinda.

Pada 26 Februari 2016, Shukry telah mengarahkan bekas Pengarah Audit untuk menggugurkan perenggan berkaitan kehadiran Jho Low dalam salah satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan pada 29 Februari 2016, laporan yang telah dipinda itu diserahkan kepada Ali.

Pada 1 Mac 2016, Ali mengarahkan pasukan audit 1MDB sekali lagi hadir ke pejabat beliau untuk bincangkan semula laporan akhir yang telah dipinda dan pada sesi itu hanya beliau dan Arul Kanda menyemak semula laporan tersebut secara terperinci dan meminta dibuat beberapa perubahan (gugur/pinda) kepada laporan tersebut.

Keesokannya pada 2 Mac, laporan akhir itu dicetak dan diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan bekas KSN yang membentangkannya di hadapan PAC pada 4 dan 7 Mac 2016.

Madinah memberitahu, laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum pindaan telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis untuk siasatan lanjut pada tahun ini.- Utusan



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Salute U J Low.

    Mat Usa U klentong

    Banker kat AS U suapkan

    Reputasi AS U robekkan

    U buktikan OmPuteh paling korup.

    BalasPadam
  2. Musykil

    1. Kompeni besar dan tua lokal dan oversea senang2 ikut telunjuk konsultan yang memiliki pengalaman setahun jagung

    2. Si tua di bebani usaha untuk cari mastermind termuda, Yb muda goyang der.

    3. $$$ berasal dari AS, di handle kompeni AS dan di 'laborkan' di belakang rumah AS tidak dikesan awal amatlah jengkel.

    BalasPadam