Header Ads

ads header

Flash News

Media dan ahli politik henti melagakan rakyat

Isu-isu perkauman, keagamaan dan kenegerian di negara Malaysia memang tak boleh dipisahkan dari rakyat Malaysia sebab naluri manusia hidup berpuak-puak.

Ada yang sentimen puaknya sangat tebal sampai membenci dan prejudis terhadap puak yang lain, ada pula yang sentimen puaknya tidak kuat dan boleh je bercampur dan "get along" dengan puak yang lain.


Cuma sekarang isunya pihak media, pihak berkuasa dan ahli politik (pihak kerajaan atau pembangkang) sering labelkan puak tertentu bila berlakunya suatu kesalahan atau perkara negatif seperti ini:
"Sekumpulan muslim mencetuskan pergaduhan"
"Pertengkaran berlaku antara dua kumpulan bangsa india"
"Wanita cina mengherdik pekerja melayu"
"Guru tahfiz ditahan meliwat pelajar"
"Sami Buddha ditahan mencabul budak lelaki"
"Lelaki Kelantan ditangkap seludup dadah"

Lepas tu kaum, agama dan negeri yang tertentu je biasa kena label. Aku tak pernah dengar pula orang buat tajuk berita macam ini:
"5 lelaki Selangor ditahan kerana merogol"
"Guru matematik didakwa mencabul anak murid"

Perlu ke pihak media, pihak berkuasa atau ahli politik labelkan pelaku kesalahan dengan kaum, agama atau negeri yang diwakilinya?

Aku tanya balik, MEMANG PERLU KE?

Kalau tak melabel macam ni sahaja tak boleh ke?
"Sekumpulan individu mencetuskan pergaduhan"
"Pertengkaran berlaku antara dua kumpulan"
"Pelanggan wanita mengherdik pekerja"
"Seorang lelaki ditahan meliwat pelajar"
"Seorang lelaki ditahan mencabul budak lelaki"
"Lelaki warganegara ditangkap seludup dadah"

Media, pihak berkuasa dan ahli politik sepatutnya lebih bertanggungjawab menjadi medium untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Ini disebabkan kenyataan dan tajuk berita yang dikeluarkan mereka, rakyat menjadi semakin berbalah sama sendiri.

Isu sebenar tak selesai pun, tapi orang lebih mempersoal dan memperdebatkan kenyataan dan berita yang dikeluarkan. Kalau rakyat nak berbalah pun, biarlah mereka berbalah tentang isu sebenar yang lebih penting, bukan buang masa berbalah tentang kenyataan yang korang keluarkan.

Tahu korang nak perjuang dan pertahankan puak kau orang, tapi perlu ke melabel, menuduh dan menyalahkan pula puak yang lain?

Sudahlah rakyat asyik prejudis antara satu sama lain, korang pulak lagi tambah api kepada perpecahan ini. Kalau korang pun masih melabel antara satu sama lain, nak harap rakyat bersatu?

Apa benda ni?

LINK



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan