Malas bangun, bapa tuang diesel dan bakar katil anak
Puas dikejutkan berkali-kali tetapi tidak diendahkan mendorong seorang bapa membakar katil anak lelakinya tanpa ragu-ragu.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada 26 April lalu dan suspek telah didakwa di mahkamah, 20 November, semalam.
Dua beranak itu menyara kehidupan dengan bekerja sebagai pemandu
jengkaut dan pada hari kejadian mereka sepatutnya hadir ke tapak
pembinaan pada jam 6 pagi.
Tetapi, anak lelakinya masih tidur dan sudah puas si bapa cuba
mengejutkannya, pemuda itu enggan bangun menyebabkan bapanya menarik
selimut serta menjerit pada anaknya.
Tindakannya itu tidak menjadi, lalu si bapa mengambil sebotol minyak
diesel dan memberi amaran dia akan membakar katil itu jika anaknya masih
ingkar.
Si anak pula menyangka bapanya sekadar bergurau dan tidak mengendahkan amaran tersebut.
Bengang amaran tidak dipedulikan, si bapa terus menuang minyak diesel itu pada katil sebelum menyalakan api untuk membakarnya.
Panik melihat api yang sudah marak, si anak terus bangun dan membantu
ayahnya memadamkan api itu tetapi gagal bila mana api semakin marak
sehingga jiran mereka terpaksa menghubungi bomba untuk meminta bantuan.
Akibatnya, siling dan empat dinding bilik tersebut menjadi kehitaman. Barangan seperti meja, kerusi dan komputer juga terbakar.
Di mahkamah, pendakwa raya berkata, api kebakaran itu boleh merebak dan
mengancam nyawa 10 buah keluarga yang tinggal di bangunan berkenaan.
Sumber: Kwong Wah, World of Buzz
MR : Marah Najib PH bakar semua rakyat lagi hebat!!
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Bapa tu Mahathir lah
BalasPadam