Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir tolak dakwaan bayaran RM30 bilion akan jejas operasi Petronas


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan bahawa bayaran khas RM30 bilion oleh Petronas kepada kerajaan akan menjejaskan operasinya.

"Petronas tidak akan memberi wang tersebut sekiranya ia menjejaskan operasi mereka, mereka mampu memberikan RM30 bilion itu.

"Mereka pernah memberi kita RM80 bilion pada masa harga minyak berada pada AS$120 (setong) ... kenapa RM30 bilion? RM30 bilion adalah kerana harga minyak berada pada AS$70 setong," katanya apabila ditanya mengenai kesan pembayaran berkenaan ke atas operasi Petronas.

Beliau bercakap kepada media di luar Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di Singapura, hari ini.

Dr Mahathir menegaskan yang Malaysia tidak bergantung kepada hasil minyak.

"Saya sudah nyatakan kepada mereka bahawa 80 peratus daripada eksport adalah barang-barang pembuatan yang dihasilkan dan bukan minyak. Kita tidak bergantung kepada minyak," katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2019 yang diumumkan awal bulan ini berkata, Putrajaya menjangka menerima hasil RM261.8 bilion tahun depan, termasuk pembayaran dividen khas sebanyak RM30 bilion daripada Petronas.

Ini akan melonjak komitmen dividen keseluruhan Petronas kepada RM54 bilion untuk membantu kerajaan dalam pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan pemayaran balik cukai pendapatan sebanyak RM37 bilion.

- Bernama

MR :  Mahathir ni apa dia semuanya betul, apa orang buat semuanya salah


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan