Header Ads

ads header

Flash News

Kini Pemain Terengganu FC Beragama Islam Wajib Tutup Aurat


KUALA TERENGGANU - Kesemua pemain yang bernaung dibawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar pelaksanaan patuh syariah itu bagaimanapun hanya terpakai kepada pemain bola sepak beragama Islam.

"Kita akan pastikan semua pemain memakai pakaian yang menutup aurat dalam semua perlawanan sama ada di Terengganu atau di luar sementara pemain yang bukan beragama Islam, kita hanya galakkan mereka untuk mengikuti jejak pemain beragama Islam.

"Dari sudut pelaksanaan, kita akan lakukannya secara beransur-ansur dan bukan dengan perubahan drastik yang melibatkan keseluruhan (semua atlet)," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini semalam.

Terdahulu beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan yang dikemukakan oleh Hishamuddin Abdul Karim (Pas-Tepoh).

Mengulas lanjut, Wan Sukairi berkata, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan tersebut, Mufti Terengganu, Datuk Zulkifli Muda turut dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Sukan Negeri Terengganu.

"Kerajaan negeri akan meminta nasihat dan panduan daripada Mufti Terengganu dalam semua aspek pelaksanaan termasuk berkaitan pakaian dan juga jenis-jenis sukan. - K! ONLINE

MR :  Rakyat beriman, pemimpin bertakwa, negeri sejahtera


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Lepas ini ada macai dan army bean pandap yg manipulasi isu ini.

    BalasPadam