Header Ads

ads header

Flash News

Khairy gesa Saifuddin bertanggungjawab, letak jawatan


KUALA LUMPUR 23 Nov. - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan serta bertanggungjawab terhadap isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, apa yang dilakukan Saifuddin bukan satu kesalahan kecil sebaliknya meninggalkan kesan yang amat besar untuk negara.


Malah, katanya, komitmen berkenaan dilakukan semasa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Sesi Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi yang ke-73 (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.

“Komitmen itu dibuat semasa Perdana Menteri berucap sewaktu Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi yang ke-73 (UNGA), ia bukan melalui ceramah-ceramah kampung,” katanya menerusi hantaran Twitter, hari ini. - UTUSAN ONLINE

MR :  PKR dah mula bergolak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan