Header Ads

ads header

Flash News

Kes bilik VIP akan ke kamar mahkamah


Yang Dipertua Dewan Negara S Vigneswaran akan memfailkan saman terhadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Ini susulan kenyataan Loke yang mendakwanya melanggar protokol keselamatan dan etika pemakaian ketika menggunakan ruang VIP di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kata Vinegswaran, tindakan Loke itu di luar kapasitinya sebagai seorang menteri dan sengaja mahu memalukannya sebagai yang dipertua Dewan Negara.

“Saya dah beritahu kepada peguam-peguam saya, saya akan saman dia bukan sebagai menteri, tetapi sebagai individu kerana dia gunakan MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) untuk dapatkan video saya, hanyalah untuk memalukan saya selaku Yang Dipertua Dewan Negara.

“Kamu (Loke) telah membuatkan anak-anak saya (terima) kata-kata yang kotor dan kesat di media sosial kerana kamu sudah putar belitkan keterangan.

“ Siapa menteri ini nak buat kerja hakim untuk buat keputusan bahawa saya salah atas apa-apa kesalahan?” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di parlimen hari ini.

Loke pada 17 November menunjukkan rakaman video litar tertutup (CCTV) bertarikh 14 November yang memaparkan Vigneswaran tiba di bilik VIP KLIA dengan berselipar.

Loke mendakwa Vigneswaran tidak menghiraukan larangan itu dan bahkan menengking pegawai bertugas.

Loke menyifatkan tindakan itu sebagai pencerobohan kerana beliau tidak mempunyai pas keselamatan dan enggan diperiksa.

Bagaimanapun, Vigneswaran menegaskan bahawa MAHB bukankah agensi kerajaan seperti yang didakwa Loke, sebaliknya adalah syarikat swasta.

Vigmeswaran turut menyatakan bahawa dia akan melakukan laporan polis kerana Loke telah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 apabila mendedahkan rakaman CCTV itu.

“Saya pun tak faahmlah. Apa kesalahan saya sampai menteri nak berperangai macam ini? Saya pun tak tahu.

“[...] Saya akan buat laporan polis terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi juga kenyataan oleh menteri, kita akan tengoklah.

“Biar undang-undang dan mahkamah putuskan siapa salah siapa betul,” katanya lagi.

MR :  Daripada kasut hitam kini selipar pula


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan