Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan perlu tegas pendirian tentang kedudukan bahasa Melayu, kata Sasterawan Negara


BACHOK: Kerajaan perlu menyatakan pendirian tegas mengenai kedudukan bahasa Melayu agar tidak terpinggir dalam mendepani cabaran semasa, kata Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan.

Anwar berkata, kerajaan terdahulu dan sekarang tidak memberi isyarat jelas tentang kedudukan dan masa depan bahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan sedangkan perkara itu termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

“Kita melihat bahasa Melayu berdepan cabaran getir dan semakin cacamarba sehingga timbul persoalan apakah wujud golongan ‘komprador’ atau pewaris nilai kolonial yang menyambung warisan nilai Barat untuk dikekalkan dalam kalangan pribumi dalam negara.

“Ini menjadi kebimbangan kita terhadap masa depan bahasa dan bangsa Melayu dan kita mahu kerajaan bertegas dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Budaya Membaca, Ilmu Tinggi Dalam Bahasa Melayu dan Peduli Nasib Rakyat” pada program Syarahan Perdana A Kadir Adabi di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini, semalam.

Program itu dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK Prof Datuk Ibrahim Che Omar serta turut dihadiri Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN) Datuk A Aziz Deraman.

Program yang dihadiri lebih 300 pelajar itu bertujuan memupuk kesedaran mendalam generasi muda agar mengenali tokoh terkemuka tanah air serta menghayati pemikiran, bakti dan sejarah perjuangan mereka.

Sementara itu Anwar berkata, sikap orang Melayu sendiri turut mempengaruhi kedudukan bahasa Melayu selain bahasa kebangsaan itu mula dipinggirkan dalam sistem pendidikan nasional.

“Cabaran yang nyata ini memperlihatkan akibatnya apabila jumlah buku ilmu tinggi dalam bahasa Melayu kian menurun jumlahnya, sedangkan untuk berkembang bahasa Melayu mesti mempunyai kepustakaan ilmu dan persuratan yang banyak serta dibaca secara meluas,” katanya.

Anwar, yang juga pensyarah kanan Fakulti Penulisan Kreatif Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaa (ASWARA) berkata, dalam pembentangan Belanjawan 2019 awal bulan ini juga tiada perhatian dan peruntukan yang disuntik untuk menyegarkan industri perbukuan negara.



Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan