Header Ads

ads header

Flash News

Keputusan Batal ICERD Perlu Dibentang Di Dewan Rakyat-Dr. Shamsul Anuar


1. Keputusan Kerajaan PH yang tidak akan Meratifikasikan ICERD dialu alukan. Namun keputusan Kabinet Kerajaan PH ini mesti diperkukuhkan dengan membuat pendirian rasmi dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen. Ini penting supaya usaha meratifikasikan ICERD tidak diteruskan pada masa akan datang. Ini kerana kita bimbang keputusan Kabinet PH ini hanya bersifat sementara.

2. Dalam pada itu, isu ICERD ini semestinya menjadi pengajaran besar kepada Kerajaan PH terutama pimpinan parti parti baik PKR, DAP atau yang lain, agar berhati hati ketika mencadangkan sesuatu perkara terutama berkaitan perkara sensitif apa lagi yang membelakangkan hal berkaitan Kontrak Sosial terutama Perlembagaan Persekutuan.

3. Jangan sesekali menyentuh perkara berkaitan kepentingan Islam, Institusi Raja, Kepentingan Melayu dan Bumiputra. Apabila disebut perkara ini bukan bermakna ia mengenepikan kepentingan agama dan kaum lain. Perkara berkenaan dipertahan kerana ianya telah lama dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Pada saya adalah lebih baik Kerajaan PH menumpukan usaha kepada pembelaan rakyat yang ketika ini tertekan dengan pelbagai isu terutama berkaitan kenaikan kos sarahidup dan kejatuhan harga komoditi yang memberikan kesan kepada Petani, Nelayan dan Pekebun Kecil. Semua isu ini sangat jelas tidak ditanggani dengan serius oleh Kerajaan PH.

5. Justeru itu, UMNO akan terus membela apa juga isu yang melibatkan kepentingan Islam, Melayu, Bumiputra serta kepentingan kaum kaum lain dalam negara ini. UMNO akan terus menjadi jurubicara rakyat bagi mempertahan kepentingan rakyat yang tidak dibela oleh Kerajaan PH.

6. Berkaitan Perhimpunan Aman Ummah 8 Disember 2018 ini, tunggulah keputusan rasmi pimpinan tertinggi UMNO, PAS dan NGO nanti. Namun perjuangan UMNO tidak terhenti hanya sekadar isu ICERD sahaja. Penderitaan yang rakyat hadapi ketika ini dengan pelbagai isu yang ditimbulkan oleh Kerajaan PH akan terus UMNO lakukan pembelaan. Justeru saya fikir himpunan ini perlu diteruskan kerana banyak lagi isu yang dihadapi rakyat ketika ini dan perhimpunan itu boleh bertukar cara kerana perhimpunan ini bertujuan membela rakyat.

YB DATO DR SHAMSUL.ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
Ahli Parlimen Lenggong

MR :  Mahathir bijak nak redakan keadaan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan