Header Ads

ads header

Flash News

Kadir Jasin nak Maszlee, jangan ‘agamakan’ sekolah kebangsaan


KUALA LUMPUR, 29 Nov — Penasihat media perdana menteri Datuk A. Kadir Jasin menegur Maszlee Malik yang seolah-olah mahu “sekolah-agamakan” sekolah kebangsaan.

Katanya, menteri pendidikan sepatutnya mengembalikan sekolah kebangsaan kepada “tujuan asal” sebagai sekolah perpaduan semua bangsa, bukan berbuat sebaliknya.

“[...] kita sudah ada banyak sekolah agama — sekolah agama kerajaan, sekolah agama negeri, sekolah agama swasta, sekolah pondok dan tahfiz — jadi tak perlulah nak ‘sekolahagamakan’ sekolah kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata Maszlee yang “cerdik” sepatutnya tahu ramai ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak ke sekolah kebangsaan kerana ia “macam sekolah agama”

Mengakui ada bercakap dengan Maszlee mengenai perkara tersebut, beliau berkata ahli parlimen Simpang Renggan juga “dikuliahkan” oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Di pihak lain pula makin banyak ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana mahu anak-anak mereka lebih berjaya,” tulisnya di blog hari ini.

Pada masa sama, Kadir turut mengkritik P. Waytha Moorthy yang didakwanya langsung tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara terutama dalam isu kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam.

Tokoh wartawan menyarankan menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya jangan “selesa sangat” dan dengar nasihat perdana menteri yang “kalau beliau marah pun ada orang tak sedar”.

“Ingatlah, anda bukan dipilih rakyat jelata. Anda senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir,” kata Kadir.

MR :  Puak-puak BERSATU ni agama sendiri pun takut


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Kalau ikut hati aku, kanak2 Islam masuk umur 18 tahun sekurang2nya 5 juzuk Al-Quran wajib dalam dada. Ini sampai ke tahap buta Al-Quran.

    BalasPadam
  2. Apabila seorang munafik membuka mulut, tiada kata-kata yang baik keluar dari hati dan mulutnya selain dari menentang dan menghina apa sahaja usaha untuk menegakkan Islam dan hak umat Islam.

    Puak munafik inilah yang akan menemani Fir'aun di dalam neraka jika mereka tidak bertaubat !!!!

    BalasPadam
  3. Majoriti ibubapa sekarang menghantar anak2 mereka yg cerdik pandai ke sekolah tahfiz dan sekolah ugama untuk ilmu dunia dan akhirat serta akhlak yg lebih baik kenapa tak sebut? Yg minoriti juga yg disebut. Orang tua ni tak boleh berfikir dengan waras dah ke?

    BalasPadam