Header Ads

ads header

Flash News

Jangan kongsi pentas baca doa agama lain - Mufti


SEREMBAN: Tindakan beberapa individu beragama Islam membaca doa bersama penganut agama lain pada Program Perpaduan Dalam Kepelbagaian di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), malam tadi disifatkan merendahkan martabat Islam.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata walaupun berniat baik, perbuatan itu tetap salah kerana Islam seharusnya memimpin bukannya dipimpin.

Katanya, tindakan individu terbabit yang bergilir-gilir membaca doa bersama penganut agama Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh seolah-olah memberi gambaran Islam setara agama lain.

“Ia salah dan bagi tanggapan masyarakat bukan Islam, Islam setaraf dengan agama mereka. Al-Quran menyatakan tiada agama lain diterima Allah melainkan Islam.

“Mereka tahu mengenai itu tetapi mengapa berkongsi pentas yang sama, sekali gus menjatuhkan martabat agama suci kita,” katanya kepada NSTP ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Yusof berkata, niat mewujudkan kesepakatan boleh dilakukan tetapi bukan dengan cara berkongsi pentas dan membacakan doa mengikut kepercayaan masing-masing.

“Perkara ini tidak pernah diajar atau dilakukan, apatah lagi orang Islam sendiri mendengar bacaan doa daripada penganut agama lain.

“Apa yang berlaku ini sama seperti kita tahu minum arak dan berjudi adalah haram di sisi Islam, tetapi kenapa dilakukan,” katanya.

NSTP malam tadi, melaporkan program anjuran Sathya Sai Organisation of Malaysia menyaksikan lima wakil setiap agama berkongsi pentas dengan memperdengarkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara kepada 300 hadirin.

MR :  Maaf Mufti puak-puak PH bukan dia orang nak rujuk Mufti, mereka hanya rujuk kepada DAP aje


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Malangnya ada pendapat yang mengharuskan kononnya atas alasan keharmonian.Tak percaya tanyalah MUFTI MUFTI yang lain.

    BalasPadam
  2. Tindakan puak munafik liberal dan puak jahil murakkab yang mendakwa semua agama adalah sama (pluralisme) adalah tindakan yang membatalkan iman mereka sendiri iaitu murtad atau kufur iman!

    Orang-orang ini wajib bersunguh-sunguh bertaubat dan mengucapkan semula dua kalimah syahadah dan meninggalkan kesesatan.

    BalasPadam