Header Ads

ads header

Flash News

‘Ingat Malaysia baharu tiada larangan dah’


KUALA LUMPUR: Larangan untuk ahli Parlimen pembangkang memasuki sekolah kerajaan seperti dinyatakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di Dewan Rakyat pada Isnin dipersoal.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di laman Twitternya menyindir kenyataan Maszlee mengenai larangan tersebut.

“Ingat Malaysia baharu tiada larangan dah,” katanya.

Sementara itu, penasihat Lawyer of Liberty, N Surendran berkata, tindakan tersebut sama seperti kerajaan BN dahulu.

“Jika anda melakukannya, anda tiada beza dengan pemerintah BN dulu yang melakukan perkara sama ketika mereka berkuasa,” katanya.

Hari ini, Maszlee dalam ketika menggulung perbahasaan Belanjawan 2019 berkata, ahli Parlimen pembangkang yang berhasrat masuk ke sekolah kerajaan bagi menghadiri program perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.

Isu larangan ahli Parlimen pembangkang memasuki sekolah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit.

Susulan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan tidak wajar ahli Parlimen pembangkang didiskriminasi sebegitu.

“Ya, ia pernah dan agak kerap berlaku ke atas para ahli Parlimen pembangkang seperti kami semasa rejim BN berkuasa dahulu.

“Andai kata dakwaan itu benar, saya rasa ia amat tidak betul dan jelas bercanggah dengan prinsip dan roh kesamarataan di sisi undang-undang (equality before the law) di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.- Sinar Harian.







-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. .
    Terdapat perbezaan antara BN dan Pas berbanding PH dalam konteks masuk sekolah menurut perhatian umum. BN dan Pas sering masuk sekolah i.e prihatin untuk ambil tahu, sementara PH seolah-olah hanya kekadang saja masuk sekolah (sibuk memanjang sejak jadi VVIP). Makanya perlu ada larangan agar pembangkang tidak nampak lebih prihatin akan permasalahan sekolah dan isu pendidikan berbanding PH. Larangan ini ibarat GAJAH sama GAJAH berlaga gading, haiwan di tengah2 jadi mangsa kerosakan kolateral.

    BalasPadam
  2. Dulu pakatan sebagai pembangkang suka mengkritik dan mengutuk kerajaan BN-UMNO tetapi sekarang KERAjaan pakatan pula mengamalkan amalan kerajaan BN-UMNO seperti ahli Parlimen pembangkang dilarang memasuki sekolah kerajaan.

    Pakatan cakap tidak serupa bikin !!

    BalasPadam