Header Ads

ads header

Flash News

Gejala ‘mabuk air’ boleh bawa maut?


NEW YORK 19 Nov. - Orang ramai kerap diberi peringatan akan kepen­tingan minum air dalam jumlah yang banyak sehari, namun minum air secara berlebihan boleh mengakibatkan kesan kesihatan serius dan kematian.

Mail Online yang memetik laporan Business Insider me­laporkan, purata orang dewasa memerlukan antara tiga hingga empat liter air sehari namun buah pinggang hanya boleh memproses satu liter air dalam satu jam.

Menurut laporan itu, oleh kerana tiada tempat lain, cecair berlebihan itu disimpan di dalam sel-sel badan dan meng­akibatkannya membengkak.

Proses ini yang dikenali sebagai ‘mabuk air’ menurunkan paras natrium dalam darah dan menjadikan lebih sukar bagi tubuh manusia untuk mengawal tekanan darah.

Bengkak di dalam badan boleh dikawal jika lebihan air itu 'disimpan' dalam lapisan otot atau lemak tetapi jika memasuki dalam otak, ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius kerana struktur yang tidak fleksibel.

Gejala mabuk air termasuk sakit kepala, kekeliruan atau mengantuk, tetapi jika tekanan meningkat, pesakit mungkin mengalami kerosakan otak, koma dan dalam kes-kes yang teruk membawa maut.

Oleh itu, doktor mengesyor­kan agar individu supaya memeriksa warna air kencing untuk menentukan tahap penghidratan lebih baik.

Seorang ahli diet berdaftar di Pusat Perubatan Wexner, Ohio State University, Liz Weinandy mencadangkan paras kandu­ngan air sesuai dalam badan ditentukan menerusi warna air kencing iaitu warna lemon cerah.

Pelari maraton digalakkan memantau berapa banyak me­reka minum selepas kajian mendapati bahawa satu daripada enam pelari maraton mempu­nyai simptom mabuk air ringan.

Larian memberi tekanan kepada badan dan badan tidak menyingkirkan air dengan cekap.

MR :  Di Malaysia, ramai yang mabuk air kencing PH


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. .
    Bila hal ehwal kesihatan umum melibatkan penginsuranan, impak yang bakal diketemukan ialah kenaikan kos lansung dan tidak langsung ke atas kepenggunaan. Dan bila di tokok tambah dengan amalah pemonopolian (hanya sebuah syarikat insuran menanggung 'beban'), persepsi umum akan menjurus kepada amalan pilih bulu dan kronism terlampau.

    BalasPadam
  2. mabuk air tak mungkin berlaku pada orang normal kerana otak akan bertindak apabila paras air dalam badan mencapai aras maksimum dengan memberikan rasa muak. bila muak, manusia normal akan berhenti dari mengambil air.

    BalasPadam