Cabul wanita, bekas pegawai Adun DAP diperintah bela diri
GEORGE TOWN, 29 Nov ― Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang bekas pegawai khas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP membela diri atas pertuduhan mencabul seorang wanita, tahun lalu.
Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh L.Prem Anand.51, di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah kemudian menetapkan 15 Januari depan untuk tertuduh membela diri.
Pada 18 Julai tahun lalu, Prem Anand didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berumur 22 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, kira-kira jam 11.30 malam, 6 Julai tahun lepas.
Prem Anand yang merupakan bekas pegawai khas Adun Paya Terubong didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua dari mana-mana hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shafiq Mohd Sazali dan tertuduh diwakili peguam E.Gnasegaran. ― Bernama
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan