Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu bakal ke Sarawak


Bersatu bakal menjadi parti politik terbaru dari semenanjung Malaysia yang akan menyebarkan sayapnya ke Sarawak mulai 1 Disember ini.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang juga adalah pengerusi Bersatu dijadual menghadiri pelancaran Bersatu Sarawak di Bintulu.

Dengan pelancaran itu, Bersatu akan mempunyai kehadiran di setiap negeri di negara ini kecuali di Sabah.

Sebelum ini, terdapat usaha untuk menubuhkan Umno di Sarawak, tetapi parti serpihannya, Bersatu kini kelihatan akan melakukannya terlebih dahulu.

Kemasukan Bersatu ke Sarawak juga bermakna Pakatan Harapan akhirnya diwakili sepenuhnya di negeri itu.

Pilihan raya negeri pada tahun 2016 menyaksikan PH hanya diwakili oleh calon-calon dari PKR, DAP dan Amanah sahaja.

Semasa pilihan raya itu, BN Sarawak memenangi 72 daripada 82 DUN yang dipertandingkan.

Pilihan raya negeri perlu diadakan selewat-lewatnya menjelang 2021.

Gabungan BN Sarawak kini hanya tinggal sejarah dan parti-parti komponennya membentuk pakatan sendiri yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS).

GPS dan BN sebelum ini telah memerintah Sarawak sejak tahun 1974.

MR :  menulangi apa diabuat di Sabah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sekarang ular lidi bersatu mahu menjalani transformasi untuk menjadi ular sawa yang akan menelan parti mata iluminati dan parti kuali imayam putumayam !!

    Jika ini berlaku, bekas banduan liwat akan menggigit jari dan menanggis tak berlagu kerana kempunan telur tembakul ! Batu Belah Batu Bertangkup !!!

    Ha ha ha ha ki ki ki ki !

    BalasPadam