Header Ads

ads header

Flash News

Bekas menteri pendidikan disoal siasat SPRM lebih 8 jam


PUTRAJAYA: Bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi keterangan lebih 8 jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Ahli Parlimen Padang Terap itu yang menaiki Mercedes-Benz berwarna putih, tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira 10 pagi dan kelihatan meninggalkan agensi anti-rasuah itu 6.15 petang tadi.

Sumber SPRM memberitahu, Mahdzir akan dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan kes sama di sini, pada 9 pagi esok.

Pada 15 November lalu, isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa bersama bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor kerana menerima rasuah berkaitan projek tenaga solar itu.

Rosmah yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 2 pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah pedalaman Sarawak, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Rizal pula yang menghadapi 4 pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berhubung projek sama, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan 2 penjamin.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. al maklum penyapu baru, banyak sampah dicari di bawah karpet dan di timbun

    yang akan buang sampah berkenaan adalah jabatan lain

    sampah yang membusut akan ambil masa 5 kurun untuk selesaikan

    Tokmy pun angkat dua belah tangan, sori: "nolle lorryesqui"




    BalasPadam