Header Ads

ads header

Flash News

Bayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam bergaji RM2,000 hanya permulaan, U-turn Lagi!!


KUALA LUMPUR: Pemotongan gaji berjadual bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan lebih RM2,000 sebulan akan bermula Januari depan, kata menteri pendidikan.

Maszlee Malik berkata, kerajaan hanya mampu berbuat demikian berdasarkan usul dikemukakan PTPTN, sebagai permulaan.

“Berdasarkan kewangan kerajaan semasa, kita akan bergerak ke arah tersebut, cuma kita belum mampu untuk melaksanakan.

“Yang mampu kita lakukan buat masa ini iaitu meletakkan RM2,000 sebagai ‘treshold’ untuk permulaan pembayaran hanya dengan RM40,” katanya di lobi Parlimen.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan Kabinet dalam mesyuarat Jumaat lalu bersetuju menetapkan potongan gaji pada kadar 2% atau RM40 bagi peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM2,000 sebulan berbanding RM1,000 yang diumumkan dalam Bajet 2019, awal bulan ini.

Hari ini, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) menyelar keputusan itu tidak cukup baik dan mahu Teo menjelaskan bagaimana cadangan potongan gaji 2% akan meningkat kepada 15%.

Maszlee berkata, kerajaan akan berusaha menunaikan janji pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam berpendapatan RM4,000 dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan, selepas keadaan kewangan kerajaan pulih.

“Tetapi kalau nak bayar lebih pun, itu akan membantu mereka mengurangkan (pinjaman) dengan lebih cepat.”

Mengulas isu lain, Maszlee gembira universiti awam semakin terbuka mengadakan wacana ilmiah, termasuk memanggil aktivis sosial, Hishamuddin Rais dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, langkah itu akan menjadikan universiti awam medan intelektual terbuka dan beliau berharap lebih banyak forum serta pidato membabitkan ahli politik, termasuk daripada parti pembangkang, dapat diadakan tanpa sekatan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pelajar-pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) yang telah mengadakan wacana ilmiah.

“Malam semalam, Prof Azmi Sharom telah hadir di UKM dan 2 hari lepas, Hadi buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, julung-julung kali seorang presiden parti pembangkang dibenarkan untuk berpidato di UIA.”


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Kalau ini berterusan, senarai U-Tun akan jadi lebih panjang dari senarai pembaharuan yang di lolong-lolongkan.

    BalasPadam
  2. U turn sdh menjadi trade mark Ph.
    Tanpa u turn siapakah ph.

    BalasPadam
  3. Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

    Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.

    Tahukan anda bayaran hutang PTPTN kini boleh di bayar secara online menggunakan jompay. Jom tengok entry ni :
    Cara Bayar Hutang PTPTN secara online

    BalasPadam