Header Ads

ads header

Flash News

Banyak makan ikan kurangkan asma, kata kajian


YDNEY, 5 Nov — Memakan ikan seperti salmon, trout dan sardin boleh mengurangkan gejala asma pada kanak-kanak, demikian menurut satu penyelidikan oleh Universiti La Trobe Australia.

Ketua penyelik Maria Papamichael berkata hasil kajian yang diterbitkan pada Isnin itu mendapati diet sihat menjadi terapi paling terbaik untuk kanak-kanak yang menghidap asma, lapor agensi berita Xinhua.

“Kita sedia maklum diet tinggi lemak, gula dan garam boleh mempengaruhi perkembangan asma dan ia boleh dihalang menerusi pengambilan makanan sihat,” katanya.

Daripada 64 kanak-kanak mengalami asma ringan yang mengambil bahagian dalam penyelidikan itu, sebahagian mengamalkan diet tradisional mediterranean berasaskan tumbuhan dan minyak ikan, manakala selebihnya lagi mengamalkan diet biasa.

Mereka yang mengikuti diet Mediterranean menunjukkan penurunan signifikan dalam radang bronkus.

“Ikan berlemak tinggi dalam asid lemak omega-3 mempunyai sifat anti-radang,” jelas Papamichael.

Menurut Profesor Bircan Erbas, dari Sekolah Psikologi dan Kesihatan Awam La Trobe, “asma adalah penyakit pernafasan paling biasa di kalangan orang muda dan kebanyakan kanak-kanak seringkali dikejarkan ke jabatan kecemasan hospital disebabkan serangan asma”.

“Jadi adalah penting untuk kita mencari terapi baharu yang boleh kita gunakan bersama ubat-ubatan asma konvensional,” kata Erbas. — Bernama

MR :  Masyarakat pantai timur rata-rata makan ikan


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan