Header Ads

ads header

Flash News

Bangkitkan Isu 9 Mei Cubaan PM Alih Bantahan ICERD – Tuan Ibrahim


KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa tindakan Perdana Menteri membangkitkan isu pada malam 9 Mei hanyalah cubaan mengalih isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa UMNO dan PAS cuba menarik Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan Melayu-Islam pada malam 9 Mei lalu tidak berasas, kata Tuan Ibrahim seperti dalam laporan Berita Harian.

“PAS tiada maklumat mengenai perkara itu. PAS menganggap itu sebagai pandangan peribadi (Dr Mahathir). Realitinya PAS tiada muafakat dengan UMNO ketika itu dan PH pun bertanding atas satu logo, PKR dan bukan logo masing-masing.

“Saya anggap ini hanya untuk lari daripada isu ICERD yang rakyat marah dan pada saya tidak ada kepentingan pun kita timbul isu itu. Benda sudah selesai pun, tiada kepentingan. Lebih baik fokus masa depan negara,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, tidak mungkin gabungan parti yang mempunyai majoriti boleh melompat ke parti yang tidak mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

“Dari segi rasionalnya, tidak logik. Sebenarnya saya pun baru sahaja mendengar perkara ini. Buat apa bincang perkara yang sudah menjadi bahan sejarah,” katanya. – Suara.TV

MR :  Mahathir memang terkenal dalam politik licik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Dari sudaut legaliti, pihak yang menangpada malam 9 Mei adalah parti kak Wan. Mungga, PanDap dan deDap secara teknikalnya tidak. Justeru pihak yang harus menguasai perbincangan pada malam 9 Mei adalah Kak Wan dan suami (ABI). Parti serpihan, parti migran dan parti ciput tak usah lebih sudu dari kuah. Lagipun bila isu 9 Mei di gembar gemburkan persepsinya adalah untuk memburuk-burukkan Black Eyed Pead dan seterusnya menghalang black eyed figura mengambil alih putrajaaya.

    BalasPadam
  2. Pemimpin-pemimpin KERAjaan pakatan sekarang sudah panik dan tertekan kerana umat Islam bersatu padu menentang ICERD yang diperjuangkan oleh menteri pakatan sendiri untuk menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu Islam !!!

    Maka KERAjaan pakatan yang terkenal dengan pelbagai putar belit, auta dan u-turn untuk memungkiri pelbagai janji pakatan sendiri telah mencipta isu baru iaitu isu 9 Mei untuk mengalih perhatian umat Islam dari isu ICERD yang sedang mengancam Islam, umat Islam dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kepada isu remeh 9 mei !

    Apakah jenis KERAjaan yang sengaja memungkiri pelbagai janjinya sendiri? Munafik?

    Kita mohon kepada Allah supaya KERAjaan pakatan tumbang secepat mungkin supaya hak Islam dan hak umat Islam dan hak Bahasa Melayu tidak tergugat !! Amin.

    BalasPadam