Header Ads

ads header

Flash News

Baca tak habis, maklumat tak jelas ada non-muslim pertikai pemakaian patuh syariah atlet Terengganu


Baru-baru ini kerajaan Terengganu menyampaikan hasratnya untuk melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah bagi atlet sukan negeri itu bermula tahun depan.

Cadangan tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga ia menjadi antara berita yang diviralkan di laman sosial.



Menurut laporan, kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Beliau mencadangkan pemain bola sepak beragama Islam yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dikehendaki berpakaian menutup aurat atau patuh syariah ketika beraksi dalam sebarang kejohanan, termasuk di dalam dan luar negeri pada musim depan.

Namun, untuk atlet bukan Islam tidak ada paksaan dan terpulang kepada mereka untuk pakai mengikut keselesaan mereka, tetapi kita galakkan mereka mengikuti pakaian yang patuh syariah.

Bagaimanapun perkara itu menjadi debat dalam kalangan netizen yang sama ada sekadar mahu menyatakan pandangan atau salah tafsir berita tersebut.

Netizen, termasuk yang bukan beragama Islam, turut tampil memperjelaskan laporan tersebut dengan berkongsi agar tidak bertekak sebaliknya menghormati agama masing-masing.



“Saudara, ia hanya untuk atlet Muslim di Terengganu. Jangan komen bukan-bukan kalau mahu kekal mendukung harmoni. Sebarang kritikan, biarkan kepada pemain Terengganu sendiri untuk uruskan,” kata seorang pengguna.

“Kenapa anda kena persoal perkara ini secara negatif di laman sosial? Kalau ada soalan, dekati rakan Melayu, saya pasti mereka sedia beri penerangan. Jangan jadikan ini isu perkauman.

“Kita tidak suka apabila orang lain mempersoal cara kita beragama, jadi tolong jangan lakukan pada agama orang lain,” jelas seorang lagi pengguna bukan Islam.


Sebelum ini kelantan telah menunjukkan contoh bagaimana Acara Pertandingan Bina Badan mengikut Syariat boleh dilakukan.


MR :  Nak tak nak aje... tak nak macam-macam dalil... Harap aje bekas pengerusi ABIM!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Puak rasis kafir harbi sentiasa mencari peluang untuk mengutuk dan menghina apa sahaja yang berlabel Islam atau Melayu. Lihatlah sebilangan artikel dan komen dalam Msiakini mengandungi pelbagai penghinaan terhadap Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu.

    Sesungguhnya orang-orang kafir tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam sehinggalah umat Islam mengikuti orang-orang kafir !!!

    BalasPadam