Header Ads

ads header

Flash News

Azmin nafi Mahathir, saya tak tahu cubaan tarik Ahli Parlimen PH


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tidak mengetahui ada cubaan menarik Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) oleh UMNO dan PAS untuk menubuhkan kerajaan Melayu-Islam pada 9 Mei lalu.

Beliau berkata, pada malam terbabit semua Ahli Parlimen PH berkumpul di sebuah hotel di Petaling Jaya dan mencapai konsensus menyokong kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak tahu wujud cubaan untuk menarik Ahli Parlimen PH kerana apa yang saya faham ialah PH sudah mencapai konsensus akan menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Lebih baik (media) dapatkan penjelasan lanjut daripada Dr Mahathir sendiri. Apa yang kita tahu ialah PKR berada di sini untuk menyokong kepemimpinan Dr Mahathir, sekali gus bagi memastikan pentadbiran beliau stabil,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Dr Mahathir, dalam temubual bersama majalah Mekong Review, mendedahkan terdapat cubaan ‘di sebalik tirai’ beberapa jam sebelum keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diumumkan secara rasmi pada Mei lalu.

Perdana Menteri berkata, PH berdepan “masalah dari dalam” pada malam 9 Mei lalu sebelum membentuk kerajaan pada peringkat Persekutuan.

Beliau berkata, terdapat cubaan daripada pemimpin UMNO dan PAS untuk menarik Ahli Parlimen Melayu-Islam dari PH bagi membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata PKR mengambil pendirian menyokong kepemimpinan Dr Mahathir dan akan terus berpegang kepada janji itu.

“Pendirian kami amat jelas mahukan Dr Mahathir memimpin kempen dan juga negara. Alhamdulillah, kami menang dan sekarang beliau sudah menjadi Perdana Menteri,” katanya.

MR :  mana nak letak muka Mahathir?


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. welcome to the family Azmin sooner or later you will know Mahathir better.

    BalasPadam
  2. Ini olang tua sdh patut rehat drpd menguruskn Negara..dia sdh tidak relevant lagi ..Masa dia sdh habis ,biarkan orang lain yg lebih relevant dgn suasana utk ketuai kerajaan
    Malu kpd dunia seolah Malaysia ketandusan pemimpin muda ..

    BalasPadam