Header Ads

ads header

Flash News

17 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Rusuhan Kuil - KPN


SHAH ALAM: Polis menahan 17 individu bagi membantu siasatan insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, awal pagi tadi.

Semua lelaki tempatan yang sedang dikenal pasti usia itu ditahan sehingga petang tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata suspek yang ditahan itu termasuk tiga lelaki Melayu dan tiga lelaki India yang cedera dalam pergaduhan berkenaan.

“Mereka ditahan selepas didapati berada di lokasi kekecohan berkenaan dan polis turut merampas dua pedang, dua kayu serta paip getah.

“Insiden itu turut mengakibatkan seorang Koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya patah tangan ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan.

“Kita sudah mengenal pasti dalang utama kejadian itu dan sedang mengesannya bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, malam ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan sehingga kini menerima 29 laporan polis berkaitan kejadian itu.

“Kita akan mendapatkan kebenaran reman ke atas semua suspek di mahkamah esok,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, polis menafikan dakwaan kelewatan pihaknya tiba di kuil berkenaan sehingga berlaku rusuhan terbabit.

“Bertindak atas maklumat awam pada jam 2.40 pagi, empat kereta peronda polis (MPV) dan beberapa Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian (2.50 pagi).

“Setibanya di lokasi itu, terdapat seramai 50 lelaki Melayu dan atas tujuan keselamatan, sepasukan 700 anggota polis termasuk dari IPD Serdang serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut tiba di kuil berkenaan pada jam 5 pagi.

“Sehingga kini, kita menjalankan pemantauan berterusan selama 24 jam di sekitar kawasan berkenaan dan keadaan masih terkawal,” katanya memaklumkan proses pemindahan kuil itu pernah dibuat beberapa kali sebelum ini namun gagal.

Justeru, Mohamad Fuzi menasihatkan semua pihak termasuk ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan provokasi atau hasutan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.

“Selain itu, saya menasihatkan seramai 2,000 orang awam yang dikatakan berada di sekitar lokasi kejadian ketika ini tidak mencetuskan huru hara atau provokasi,” katanya.

Media melaporkan sebanyak 18 kenderaan dibakar dan sebuah MPV polis dibaling batu dalam kejadian rusuhan di tapak kuil berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil berkenaan sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.

Difahamkan, perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil itu menjadi punca pergaduhan berkenaan. - BH



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan