Header Ads

ads header

Flash News

16 termasuk 3 pekerja pemaju direman atas kekecohan kuil Subang Jaya


PETALING JAYA: Mahkamah Majisret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman 2 hingga 5 hari terhadap 16 individu, termasuk 3 pekerja syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd bagi membantu siasatan kes di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, semalam.

Majistret Nor Ariffin Hisham mengeluarkan perintah reman ke atas semua suspek berusia 18 hingga 49 tahun itu bermula hari ini, selepas membenarkan permohonan polis menahan reman mereka bagi membantu siasatan kes di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah).

Ketika ditemui di luar mahkamah selepas tamat prosiding reman, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili 3 daripada suspek yang juga pekerja pemaju itu berkata, anak guam mereka direman 2 hingga 4 hari bagi membantu siasatan kes tersebut. Kejadian kira-kira 2 pagi Isnin itu tercetus, apabila puluhan individu berkumpul dan merusuh di sekitar kuil sehingga berlaku pergaduhan antara 2 kumpulan yang menyebabkan berpuluh kenderaan dan 2 motosikal terbakar.

MR :  merusuh 1000 tangkap 16 aje?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. MR : merusuh 1000 tangkap 16 aje?

    Kita juga tertanya-tanya tentang soalan MR. Ke mana perginya lebih kurang 1000 orang yang telah merusuh dan menyebabkan kecederaan dan membakar kereta, menyerang kenderaan polis, bomba dll dan menyerang orang awam yang melalui jalanraya yang berkaitan ?

    Bukankah 1000 orang yang merusuh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (sengaja mendatangkan kecederaan), Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh), Seksyen 427 Kanun Keseksaan (merosakkan harta benda awam) dan Seksyen 435 kanun sama iaitu khianat dengan api ???

    Adakah lebih kurang 1000 perusuh tersebut lebih tinggi dari undang-undang negara ini?

    BalasPadam
  2. Kita mohon PDRM segera menangkap dan mendakwa perusuh-perusuh yang telah menyerang, memukul dan menyebabkan kecederaan parah kepada anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya.

    Tindakan perusuh-perusuh menyerang kakitangan awam (Bomba dan Penyelamat) adalah zalim, kejam dan sadis !!! Mereka sepatutnya dipenjarakan dan disebat dengan rotan dalam penjara !!!

    BalasPadam