Header Ads

ads header

Flash News

Ringgit terus kerugian berbanding dolar AS


Ringgit meneruskan kerugian berbanding dolar US apabila dibuka lebih rendah hari ini berikutan pelabur tidak memasuki pasaran memandangkan pembentangan bajet 2019 Jumaat depan, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit adalah 4.1710/1750 berbanding dolar US daripada 4.1680/1710 pada Khamis.

Ketua Dagangan Oanda Asia Pasifik, Stephen Innes berkata, pembentangan bajet 2019 menunjukkan arah pentadbiran baharu dengan pelabur memberikan tumpuan terhadapnya.

“Ringgit dijangka meningkat lebih tinggi dan menguji tahap 4.18, menjelang pembentangan bajet berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat luaran katanya, ulasan oleh Naib Presiden Rizab Persekutuan yang baru dilantik, Richard Clarida, bahawa lebih banyak peningkatan kadar faedah adalah kaedah terbaik kepada bank pusat Amerika Syarikat yang terus mengukuhkan dolar US.

“Ini adalah petanda bahawa satu lagi peningkatan kadar faedah dijangka pada Disember,” katanya.

Bagaimanapun, berbanding mata wang utama, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0181/0221 daripada 3.0214/0242 pada Khamis, bagaimanapun berbanding yen Jepun, ia susut kepada 3.7105/7144 daripada 3.7098/7135.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.3460/3528 daripada 5.3780/3835 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7416/7466 daripada 4.7549/7595.- Bernama

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan