Header Ads

ads header

Flash News

Uncle Kentang rayu Menteri tunai janji hapus AES © Uncle Kentang rayu Menteri tunai janji hapus AES


Aktivis kebajikan Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Kentang hari ini memuat naik satu status di facebook miliknya merayu kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook agar melunaskan janji-janji semasa menjadi pembangkang dengan menghapuskan perangkap saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Menurut Kuan semasa menjadi pembangkang sebelum ini, pelbagai janji manis telah ditaburkan untuk menghapuskan AES dengan dakwaan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu seperti 'dracula' yang gemar menghisap darah rakyat semata-mata.

Malangnya apabila sudah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), segala janji manis tersebut dilupakan. AES yang dahulu kononnya buruk kita menjadi baik bakan menurut Kuan, KERAjaan PH menjadi lebih 'draconian' atau lebih teruk hisapan darahnya atau menjadi lebih kejam dengan memperkenalkan semula Sistem Mata Demerit (KEJARA).

AES satu ketika dahulu dikatakan 'lubuk duit' oleh pembangkang, menuduh kerajaan ketika itu melaksanakan AES hanya untuk mengaut keuntungan semata, bukan untuk mengurangkan kemalangan, dan kini Kuan menuntut agar segala yang dikatakan itu dilaksanakan kerana pembangkang kini telah menjadi kerajaan dan mempunyai kuasa untuk melaksanakannya. – AbuLeman

Berikut adalah status penuh Kuan Chee Heng kepada Menteri Pengangkutan dan KERAjaan PH:

Merayu kepada YB Menteri Pengangkutan.

Semasa pembangkang, janji manis mansuh AES kerana AES adalah dracula BN hisap darah rakyat semata mata. Dan tiada ada faedah.

Dah menang cerita lain. Kata kekal AES malah lebih draconian ialah penambahan syarat Kejora di mana pemotongan mata Kejora demerit system.

Sekarang dah jadi kerajaan tiba tiba semua BN buat tu baik belaka dan kekal. Tak apa lah kami di munkir janji.

Tapi kami merayu. Pindahkan mana mana AES yang hsiap darah yang di letakkan di kawasan 80kmh dan 90 kmh.

AES di laluan SKVE depan pam minyak Shell menghala ke Hospital Serdang ( kawasan bukan risiko kemalangan) had laju 80kmh adalah satu AES yang tidak di perlukan dan di anggap semua sebagai satu perangkap duit tempoh BN. Kini tempoh PH kalau kekal di sana, sudah pasti tentu satu juga lubok PH mengaut duit.

AES hampiri Slim River. Satu lagi lubuk. Speed 80 Kmh. Mati lah. Ramai kita yang pokai pokai ini kena perangkap AES di kawasan yang had laju 90kmh. Proton buruk pertama keluaran Malaysia, tekan minyak pun lepas 100 kmh.

Jadi adalah menjadi HARAPAN untuk rakyat bahawa PH boleh mengalihkan AES ke kawasan yang kerap laku kemalangan dan bukan buat duit dan lubuk seperti di katakan oleh pembangkang dulu. Kalau tak di tukar tempat nya, maka ia menjadi satu malu yang besar bahawa PH juga buat lubuk duit dengan AES.

Harapan kami agar semua AES yang terlibat di alihkan mengikut keperluan. Jangan nak kaji kaji lagi. Dulu dah kata lubuk duit, tak kan lah sekarang tiba tiba ok sahaja.

Harapan dari kami rakyat mangsa AES lubuk duit.

Sumber: Kuang Chee Heng aka Uncle Kentang


Sumber: http://abuleman.blogspot.com






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Jangankan nak roboh AES, silap haribulan, jangan berasa pelik kalau tiket AES akan tertera SSaesT 6%! Bukan setakat lubuk duit atau dracula, tambahan kepada itu Aes Barusia dah mula tunjukkan baka2 pirate of the Malacca streets. Meraung tak berlagu ler.. Wwaa, wwaa,wwaa!

    BalasPadam