Header Ads

ads header

Flash News

Rupanya Mahathir tak bayar yuran tertunggak RM9.5 juta


Ini pengakuan yang telah dibuat oleh peguam Shafee mengenai wang RM9.5 juta yang diterima dari bekas perdana menteri malaysia Dato Najib Tun Razak. Peguam Shafee menambah lagi yang jumlah 9.5 juta itu hanya sebahagian daripada jumlah yuran yang telah lama tertunggak. Kalau diikutkan laporan jumlah keseluruhan yuran yang telah berkurun tertunggak ialah dalam RM20 juta.

Peguam Shafee juga menegaskan bahawa beliau memang sudah lama menjalankan kerja kerja perundangan untuk Umno BN. Peguam Shafee terpaksa meminta bayaran kerana mempunyai komitmen dalam pembelian hartanah.

Jumlah yuran guaman yang begitu besar juga telah dibayar sendiri oleh Najib Tun Razak. Peguam Shafee sekarang merupakan peguam kepada bekas perdana menteri Dato Najib Tun Razak. Beliau akan bertanggungjawab dalam tuduhan kes yang telah dibuat terhadap Dato Seri Najib. Kes yang terlibat termasuklah pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Tuduhan kes terhadap bekas perdana menteri ini akan mula dibicarakan dimahkamah pada bulan februari tahun hadapan. Setakat ini 7 tuduhan telah dibuat dan Tun M telah mendedahkan yang Datu seri Najib akan berdepan dengan banyak lagi pertuduhan yang mana pada ketika ini sedang dalam proses akhir kerja.

Tidak hairan Dato seri Najib mungkin akan menerima hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah. Sama sama kita nantikan.

MR : Terasa satu panahan di atas kepala Mahathir sehingga hari ini Mahathir terus terdiam dengan beberapa kenyataan Shafee Abdullah....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Walaupun pendedahan demi pendedahan terbongkar tentang kerakusan atuk,tetapi pentaksub atuk tetap kata najib perompak. Atuk ibarat dewa yg mahu membaiki kerosakan negara. Wassalam

    BalasPadam
  2. PM4--> defakto PM5/6--PM7 ---> defakto PM8/9/10-100?

    BalasPadam