Header Ads

ads header

Flash News

PRK Seri Setia: Isyarat awal perubahan rakyat


PAS menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia dan mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di atas kepercayaan yang diberikan.

PRK Seri Setia menunjukkan isyarat awal perubahan sokongan rakyat terhadap perjuangan PAS. Peratusan keluar mengundi yang rendah juga merupakan petanda undi protes terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.

PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib rakyat, dan sedia menjadi pembangkang yang menasihat serta bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para petugas PAS, rakan-rakan pembangkang daripada Umno dan MIC, juga pasukan keselamatan dan pengamal media serta semua pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama dengan baik.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Zulhijjah 1439 / 8 September 2018

MR : Kotmimen kepada PAS dah tinggi, hanya kepercayaan kepada UMNO dan sokongan buikan Islam terutama Cina masih rendah....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Sangat ramai pengundi pakatan telah meninggalkan pakatan kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadap pakatan berdasarkan dua PRK yang terbaru di mana majoriti pakatan telah merosot dalam kuantiti besar.

    Ini juga bererti pakatan mungkin perintah negara ini untuk 5 tahun sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua PRK terbaru yang dimaksudkan ialah PRK Seri Setia dan PRK Sungai Kandis.

      Padam