Header Ads

ads header

Flash News

Pertelingkahan dalam PKR adalah “sampah yang menjijikkan”


GEORGE TOWN: Seorang pemimpin PKR menggesa dihentikan pertelingkahan dalam kalangan ahli parti dan memberi amaran pertikaian sedemikian hanya akan merosakkan imej presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan laporan mengenai pertelingkahan itu sebagai “sampah yang menjijikkan”, ahli jawatankuasa pusat PKR Gooi Hsiao Leung berkata mendedahkan isu dalaman kepada khalayak tidak akan membantu Anwar dalam usahanya menjadi perdana menteri Malaysia kelapan.

“Pertelingkahan dalaman tersebut benar-benar merosakkan imej Anwar sebagai pemimpin parti dan bakal perdana menteri.

“Bagaimanakah Anwar mahu menjadi perdana menteri sekiranya pengundi dan rakan kita dalam Pakatan Harapan (PH) melihat kita sebagai sekumpulan orang tolol yang saling bertengkar, berpuak-puak dan destruktif?,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tengah itu dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai parti yang mempunyai kerusi Parlimen paling banyak, PKR bertanggungjawab memelihara maruah dan kehormatannya di mata pengundi.

“Kita akan dilihat sebagai mata rantai paling lemah dalam PH, sedangkan kita sepatutnya bekerja keras untuk memenangi kepercayaan dan rasa hormat rakan kongsi dalam kerajaan.

“Semua cakap-cakap tanpa henti yang mempersoalkan kesetiaan dan membandingkan siapakah pembaharu sebenar atau palsu dalam parti sepanjang 20 tahun ini adalah sampah yang menjijikkan.”

Beliau berkata, pemilihan parti akan datang bukanlah pertandingan antara naib presiden Rafizi Ramli dengan timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Biar apapun keputusan pemilihan kelak, kita perlu bersatu, baik pemenang atau yang tewas, untuk terus bekerja ke arah agenda 9 Mei bagi kepentingan parti, PH dan negara tercinta,” katanya.

Gooi, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Alor Setar, memenangi kerusi negeri di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum Mei lepas.

Beliau mengisyaratakan tidak akan bertanding mempertahankan jawatan sebagai ahli jawatankuasa pusat PKR dalam pemilihan akan datang.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan