Header Ads

ads header

Flash News

Penganalisis Politik Mazlan Ali membuat ramalan emosi dan dendam




HEBAT sungguh sahabat saya Dr Mazlan Ali, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Dasar Awam Fakulti Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), penganalisis politik yang berasal dari Terengganu, dalam memberi komen mengenai kerjasama Umno-PAS.

Selalunya paling tinggi pun penganalisis politik lain hanya akan berani membuat unjuran atau jangkaan mengenai prestasi parti-parti politik untuk tempoh lima tahun sahaja, contohnya kesan kerjasama Umno-PAS ke atas prestasi mereka dalam PRU15 lima tahun lagi.

Bagaimanapun, hebatnya Dr Mazlan Ali ini sehingga beliau boleh membuat ramalan spesifik bahawa “Umno dan PAS bakal menjadi pembangkang untuk tempoh 61 tahun lagi sekiranya gabungan dua parti terbesar orang Melayu dan Islam itu benar-benar berlaku".

Kata beliau kepada portal berita Malaysia Date Line semalam, Umno dan PAS akan hancur ekoran kerjasama mereka itu di mana “terdapat lima faktor mengapa gabungan Umno dan PAS itu akan menguntungkan Pakatan Harapan dan bakal menghancurkan Umno-PAS”.

Salah satu daripada faktor yang dinyatakan oleh Dr Mazlan Ali adalah “PAS dilihat sebuah parti yang ekstrem” di mana kehadiran pemimpin PAS di pentas MCA dalam PRK Balakong contohnya disifatkan sebagai punca calon MCA mengalami kekalahan dalam PRK itu.

Tidak pula Dr Mazlan Ali pertimbangkan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan kenyataan bekas Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi, bahawa calon MCA akan kehilangan wang deposit jika MCA tidak mendapat bantuan daripada pemimpin PAS dalam PRK itu.

Kata Dr Mazlan Ali lagi: “Hanya Melayu luar bandar atau desa atau FELDA sahaja yang tertarik dengan isu yang menjadi teras perjuangan Umno-PAS mutakhir ini. Kebergantungan terhadap pengundi luar bandar sahaja tidak memungkinkan Umno-PAS mampu menawan Putrajaya.”

Tidak juga Dr Mazlan Ali pertimbangkan kenyataan penganalisis politik dari UIA, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, yang berkata kepada portal berita The Malaysian Insight “terdapat tanda-tanda yang kerjasama Umno-PAS akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak”.

Begitu juga dengan kenyataan wartawan veteran, Zin Mahmud, dalam portal berita Free Malaysia Today bahawa BN-PAS boleh memenangi Putrajaya, mempertahankan Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang tetapi juga menawan Kedah, Perak dan Melaka.

Kata Zin Mahmud, gelombang konservatif populis yang menjadi pendekatan BN-PAS ini “menang banyak pilihan raya, dari Donald Trump di Amerika Syarikat hingga ke Brexit di Eropah” dan adalah suatu yang tidak mustahil perkara sama boleh berlaku di Malaysia.

Pelik juga bila difikirkan apa perlunya pihak-pihak tertentu memberikan reaksi yang terlalu keras terhadap kerjasama Umno-PAS ini jika benar kerjasama ini akan menguntungkan Pakatan Harapan dan bakal menghancurkan Umno-PAS seperti yang mereka dakwa.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, umpamanya sampai boleh menuduh, dalam bentuk pertanyaan, bahawa para pemimpin PAS di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kini memperjuangkan kleptokrasi Islam bila bekerjasama dengan para pemimpin Umno. Begitulah kisahnya ketakutan pihak-pihak tertentu terhadap kerjasama Umno-PAS ini sehingga ada yang berani mendahului Tuhan dengan membuat ramalan tertentu manakala ada pula yang menyerang PAS sehingga boleh mengaitkannya dengan kesucian Islam pula.

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF



MR : Dr Mazlan Ali adalah ahli tegar AMANAH jadi tak hairan kajiannya diseliputi emosi dan dendam


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

8 ulasan:

  1. Semua dah panas bontot apabila PAS dan UMNO berjaya menjalinkan kerjasama dalam 3 PRK lepas. Dia cepat lupa, dari 165 kawasan parlimen di Semenanjung ada 117 kawasan majoriti Melayu.

    Tak kan orang Melayu nak jadi bodoh berkurun2 kut??.

    BalasPadam
  2. Terbaik DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF. Ramai penganalisis pakatoon sebenarnya tengah cuak kalau dua parti terbesar Islam ini bergabung. Itu yang kalau analisanya semuanya katoon katoon belaka.

    BalasPadam
  3. Kedah dapat sat kat PH kerana faktor Mader + 1 Mdb, bukan faktor Boboi atau Anwar. 93 + 61 = 154 tahun. Apakah dai menjangkakan Kedah akan terus berada di bawah PH hingga MahaQorun berusia 154 tahun? Wow menara gading mana tu? Cambridge?

    BalasPadam
  4. Pensyarah kangkung ternakan pandap adalah setaraf dengan penjual ubat di kaki lima yang berlagak bodoh sombong seperti ayam jantan yang berkokok riuh heboh sekampung tetapi ekor ayam sendiri bergelumang dengan tahi.

    Kita merasa amat meloya nak muntah setiap kali kita membaca analisis bodoh berganda-ganda yang ditulis oleh penyarah kangkung untuk mempromosi pakatan syiah-liberal-kafir harbi sedangkan kita semua mengetahui pakatan jahat ini telah menipu rakyat dengan pelbagai fitnah, alasan bodoh berganda, putar belit dan u-turn.

    Kita juga merasa meloya nak muntah setiap kali kita membaca analisis bodoh berganda-ganda yang ditulis oleh pensyarah kangkung untuk menfitnah, memburuk-burukkan dan menghina parti lawan seperti parti Islam PAS dan parti UMNO.

    Semua analisis pensyarah kangkung pandap dibuat berdasarkan syok, prasangka dan prejudis pensyarah kangkung sendiri dan tidak berdasarkan survey, kajian saintifik dan statistiks yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

    Kita masih ingat lagi seorang pensyarah kangkung ternakan pandap yang telah meramalkan kononnya PAS akan hilang semua kerusi di Kelantan dan Terengganu bahkan di seluruh negara dan akhirnya ramalan penyarah kangkung ini akhirnya menjadi lawak bodoh yang amat memalukan.

    Pensyarah-pensyarah kangkung bodoh sombonglah inilah yang telah menyebabkan university ranking di negara kita merundum kerana mereka hanya pandai mengampu pemerintah dan membuat analisis sambil berak dalam tandas !

    Dan kita tidak menghormati pensyarah-pensyarah kangkung bodoh sombong yang suka menyondol dedak cap roket dan menjilat Maha Qarun, kepala bapak kafir harbi roket, kepala bapak liberal dan kepala bapak syiah dan menghina perjuangan Islam, ulama Islam, parti Islam PAS, hak umat Islam dll!

    BalasPadam
  5. PAS extreme ? DAP panggil Melayu pengemis itu tak extreme ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila LG& mengemis air dari Kedah dia buat muka seposen. Bila tiba giliran dia naik junjung dia tunjuk muka komunis. Itu dah di print dalam DNA, tak boleh nak dibuang dengan chlorox.

      Padam
    2. PAS extremekah sebab PAS membela Islam dan hak umat Islam yang sedang dihina dan ditindas oleh puak munafik liberal dan kafir harbi ?

      biaDAP hina Islam dan umat Islam itu tak extremekah ? biaDAP kepala bapak rasis ekremis !!!

      Padam