Header Ads

ads header

Flash News

PAS gesa SPRM siasat kerusi Parlimen Port Dickson


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Danyal Balagopal Abdullah kerana mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson, untuk memberi laluan kepada Presiden PKR bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.

Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ada kemungkinan berlaku sogokan di sebalik pengosongan kerusi itu, yang menimbulkan kecurigaan dalam kalangan masyarakat.

Bagi mengukuhkan dakwaan terdapat unsur sogokan, beliau menggariskan beberapa petunjuk kemungkinan terdapatnya unsur-unsur sogokan itu timbul iaitu:
  1. Keputusan untuk mengarahkan Datuk Danyal meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen tidak dibuat secara sah oleh organisasi PKR yang berkaitan, tetapi hanya oleh segelintir pimpinan PKR yang rapat dengan calon yang bakal menggantikan Datuk Danyal;
  2. Calon yang bakal menggantikan Datuk Danyal sebagai ahli Parlimen Port Dickson itu, juga diuar-uarkan bakal menjadi PM ke-8, sememangnya mempunyai rekod sabitan kes salah guna kuasa pada tahun 1999; dan
  3. Calon yang bakal menggantikan Datuk Danyal itu juga telah dituduh oleh bekas Menteri Luar, Dato Seri Anifah Aman, cuba menyogoknya dengan jawatan dan wang supaya melompat parti membentuk kerajaan baru pada tahun 2008.
“Berdasarkan petunjuk-petunjuk di atas, terdapat kemungkinan calon yang mahu mengambil tempat Datuk Danyal itu melakukan sogokan, supaya kerusi Parlimen itu dikosongkan untuk memberi laluan kepada beliau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Mohd Zuhdi juga memberi tiga alasan, jika sogokan ini benar-benar berlaku iaitu:
  1. Pengosongan kerusi tersebut dilihat telah mengkhianati mandat pengundi-pengundi Parlimen Port Dickson pada PRU ke-14 yang lalu, setelah mereka memberi sokongan yang agak besar kepada Datuk Danyal;
  2. Mengadakan Pilihan Raya Kecil semata-mata untuk memenuhi kemarukan seorang ahli politik yang tidak sabar-sabar untuk menjadi PM, akan menelan kos jutaan ringgit serta menyebabkan kerugian besar dana negara; dan
  3. Bakal calon Parlimen Port Dickson yang diuar-uarkan akan menjadi PM yang ke-8, adalah seorang yang pernah terpalit dengan kes salah guna kuasa dan kerendahan moral, pastinya amat tidak sesuai untuk menerajui negara.
Sehubungan itu, katanya, PPP mendesak SPRM membuka siasatan, kemungkinan berlakunya sogokan sama ada dalam bentuk jawatan dan wang yang menyebabkan Ahli Parlimen Port Dickson itu meletak jawatan.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. nak suruh boleh nak mengharap tak payah. kalau ada kes pun nanti kalau ada representasi, jerung PH terlepas jua. Tommy bukan kecik punya misi... tugas mencuci bahtera PH adalah tugas utama. selagi tak licin bahtera itu, Tommy tak akan dapat tidor.

    BalasPadam
  2. Lebih baik minta SPR haramkan pelacuran pilihanraya macam ini!

    BalasPadam