Header Ads

ads header

Flash News

Keluar Parti Amanah setelah istikharah


Mohd Sabri Salleh (baju petak), Ketua Pemuda Amanah Pasir Puteh telah keluar daripada parti AMANAH setelah mendapat petunjuk daripada solat istikharahnya

Sebelum ini (4 April 2018 ) dia, Mohd Sabri membuat laporan mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh rakaman suaranya tular di laman sosial berkaitan isu penyaluran wang oleh Umno kepada Pas, sepupunya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz .

Ini adalah petikan kenyataan dia.

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak akhir2 ni saya lihat kecelaruan dalam politik sejak beberapa bulan yang lalu,  terutamanya dalam parti Amanah, menyebabkan saya melakukan istikharah, dan melalui petunjuk dari istikharah inilah, hari yg penuh barakah ini saya mengisytiharkan bahawa saya meletak jawatan AJK Amanah kawasan Pasir Puteh, dan keluar dari parti Amanah.

Walaupun dengan berat hati, namun saya terpaksa lakukan juga demi mengikut petunjuk istikharah yg saya buat sejak bbrp bulan yang lalu. Saya yakin tindakan saya ini tidak akan mengurangkan, dan ada saya juga tidak menambah apa2. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 sekelian. Moga ukhuwwah kita terus kekal berpanjangan walaupun kita mungkin akan berbeza pendapat dalam bbrp perkara. Moga Allah ampuni segala dosaku dan terus beri petunjuk dari masa ke semasa.

Siruu ala barakatillah...

Mohd Sabri Salleh.
Ketua Pemuda Amanah Pasir Puteh



MR : Bertaubat itu sebaik-baik membuat kesalahan. Tapi sukar juga untuk nak kembalikan apa yang kita buat sebelum ini kerana tidak semua orang yang salah faham dengan apa yang kita buat boleh mendapat pencerahan semula....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan: