Header Ads

ads header

Flash News

Dewan Negara tolak RUU Anti-berita Tidak Benar


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini menolak Rang Undang-undang Anti-berita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran, selepas undi belah bahagian menyaksikan 28 anggota dewan tidak menyokong pemansuhan akta itu berbanding 21 yang menyokong, manakala 3 yang lain memilih untuk tidak mengundi.

Usul undi belah bahagian dikemukakan Senator Khairul Azwan Harun, sebaik sahaja Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin selesai menggulung RUU itu untuk bacaan kali ke-2.

Bagi mengikut Peraturan 45 (4), Vigneswaran kemudiannya mengarahkan loceng dibunyikan selama 2 minit bagi membolehkan proses undi belah bahagian dijalankan.

RUU itu yang bertujuan memansuhkan Akta Anti-berita Tidak Benar 2018 diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos 2018, selepas bacaan kali ke-3.

Sementara itu, Hanipa ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen menyifatkan tindakan anggota Dewan Negara yang menolak pemansuhan Akta Anti-berita Tidak Benar 2018 pada persidangan dewan hari ini bertujuan memalukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya fikir mereka sebenarnya hanya mahu melambat-lambatkannya untuk memalukan PH, tapi okey, tak mengapa. Tak ada masalah. Saya tak marah, saya gembira.

“…Bagi kami, ia bukanlah perkara yang perlu disegerakan, namun sudah tentu kami mahu ia dipercepatkan. Jika mereka hendak menangguh-nangguhkannya, terpulanglah kepada mereka.

“Saya cuma hendak menyampaikan mesej kepada Senator Barisan Nasional bahawa rakyat sedang memerhati.”

Hanipa ketika ditanya tindakan yang perlu dilakukan selepas usul berkenaan ditolak berkata, ia akan dibawa semula ke Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Ooi Hanifah, mereka bukannya hendak memalukan PH, tetapi sebenarnya mereka mahukan perbuatan fitnah, penipuan, pembohongan dan cakap tidak benar tidak menjadi satu budaya dalam Malaysia baru ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "den tak pedoli, den akan teruskan usaha sampai RUU itu mansuh. itu janji den. bila den selok pekasam den pastikan sampai pangkal longan. kalau tak lulus jua, tak usah panggil den anak jantung key"...mek ai kahkahkah!

      Padam