Header Ads

ads header

Flash News

Bila Samseng Dan Gangster Cuma Dituduh Di Bawah Akta Pertubuhan, Kah Kah Kah!


Komer sedar tak apa yang terjadi minggu lepas dan ramai di antara kita terlepas pandang?

Seramai 57 orang ahli kumpulan jenayah terancang, Geng 360 Devan yang disiasat kerana terbabit dalam beberapa siri kes pembunuhan, memiliki senjata api, pengedaran dadah, pemerasan serta culik TELAH DIPINDA pertuduhan mereka!

Bayangkan mereka yang sebelum ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) SOSMA secara tiba-tiba pertuduhan itu cuma dipinda ke Akta Pertubuhan (dengar nama akta pun gangster dah tersengih-sengih)


Apa jadi? Maka hukuman pun jadilah ringan 'seringan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa'.

Daripada jumlah itu, 42 orang mengaku salah dan dijatuhkan hukuman cuma SETAHUN penjara, seorang dilepaskan manakala 14 orang lagi mengaku tak bersalah dan mohon dibicara.

Punyalah sempoi sedangkan Geng 360 Devan terlibat dalam banyak kes penculikan termasuk kes pembunuhan Ketua Kumpulan Gengstar Satu Hati di Setapak dua tahun lepas.

Apa nak buat, Timbalan Menteri, Hanipa Maidin awal-awal dah umum yg tuduhan ke atas 442 individu yang ditahan dibawah SOSMA sebelum ini mungkin DIPINDA selepas Peguam Negara, Tommy Thomas setuju mengenai perkara itu.

Apa nak jadilaaa....


MR : Lihat polis UTK yang kawal mereka, bukan seorang pula tu!!....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Pakatun mengamalkan undang-undang rimba ( law of jungle) bukan rule of law. Nampaknya kaki rasuah boleh dibebaskan, gangster berbahaya diberi hukuman ringan dll sejak Tomato menjadi boss dibawah pimpinan lebai kulup roket.

    Maka kita tidak terkejut melihat barua dan aktivis dan sebilangan pemimpin roket dan khadam liberal mereka mahu pengganas komunis dilabelkan sebagai pejuang kemerdekaan. Dasar penjilat Parti Komunis Malaya.

    BalasPadam