Header Ads

ads header

Flash News

Alumni UIAM Sekat Netizen Kutuk Maszlee Jadi Presiden


DENDAM… Tidak sampai 24 jam pengesahan pelantikan Dr. Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), amalan kebebasan bersuara mula disekat.

Ini sekali gus cetus persoalan cepumas, adakah ia diarahkan sendiri oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada pentadbiran UIAM bagi kekang kemarahan rakyat terhadap kepincangan urus tadbir blok itu yang cacamarba.

Ia susulan pelantikan Maszlee sebagai menggantikan Tan Sri Dr. Rais Yatim menimbulkan polemik kerana beliau pada masa yang sama pula merupakan Menteri Pendidikan dan Anggota Parlimen Simpang Renggam di Johor.

Tindakan kerajaan baharu sengaja lantik pemimpin PPBM, sebuah parti kecil diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad jelas ‘langgar’ manifesto PH konon tidak akan ada lantikan politik untuk jawatan profesional.

Ini termasuk pelantikan dalam pelbagai posisi penting melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan duta Malaysia ke negara tertentu sebagai mana yang lazim dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

PH juga dalam manifesto mereka sendiri ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu berjanji kononnya mahu pulih kembali suasana kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi tanpa ada lagi campur tangan politik kerajaan.



Malangnya, seorang netizen yang merupakan bekas pelajar UIAM meluahkan perasaan kecewa apabila sindiran beliau kemudian menyebabkan dirinya disekat oleh pentadbir akaun sosial Twitter Persatuan Alumni UIAM.

Netizen yang guna nama Aisehman itu menulis: “Sirih pulang ke gagang, jika kamu (UIAM) mahu, kamu boleh dapatkan beliau (Maszlee) sepenuh masa secara jujur. Saya tidak fikir beliau dirindui sangat oleh kalangan kita.”

Padahnya ibarat indah khabar daripada rupa, kicauan netizen itu yang berbaur agak sinis mengakibatkan dirinya kemudian langsung disekat oleh pihak pentadbir akaun persatuan lepasan penuntut universiti awam tersebut.

Kesal dengan tindak balas aniaya itu, Aisehman membuat kicauan balas dengan hantaran berbunyi: “Semalam saya kicau kenyataan akhbar Persatuan Alumni UIAM yang mengalu-alukan Maszlee sebagai Presiden UIAM baharu.

“Hari ini, mereka (persatuan tersebut) mula melaksanakan hak kebebasan berucap dan meluahkan perasaan dengan balas semula berdasarkan kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Begitu pantas masanya bertindak.

Hantaran terbaharu oleh Aisehman itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen tempatan termasuk dari kalangan bekas penuntut UIAM sendiri yang terkejut dengan tindakan aneh pihak alumni universiti berkenaan.



Seorang netizen dikenali sebagai Mohd Sofian @ PyanCGT mengicau dengan ayat: “Haha takut le tu…” sementara seorang lagi bernama samaran KucingMalaya @ buttercity pula “Sungguh memalukan tindakan pihak UIAM itu.”

Manakala pengguna media sosial dengan nama Khairul @ kayown menulis komen: “Sentap cepat IIUM Alumni. Sepanjang yang saya tahu mereka ni cukup hebat. Mungkin pentadbir akaun itu sahaja yang sentap terlebih.”

Apa yang nyata, langkah janggal dilakukan Persatuan Alumni UIAM telah membuktikan kerajaan PH sebenarnya hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai mengotakan cakap tersebut, bahkan lebih teruk daripada zaman BN.

Beberapa universiti awam juga menyaksikan perubahan kepimpinan pasca-PRU ke-14 dengan paling kontroversi Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dipecat Universiti Utara Malaysia pada hari ke-100 PH berkuasa.

Untuk rekod, Presiden UIAM pertama ialah Tun Hussein Onn (1983-1987) diikuti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dipecat Mahathir secara zalim pada 1998 digantikan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga 1999.

Selepas PRU ke-10, Tan Sri Sanusi Junid pula dilantik sebagai presiden universiti itu selama lapan tahun sebelum diambil alih oleh Tan Sri Sidek Hassan (2008-2013) dan kemudian Rais (2013-2018). – Mynewshub.TV

MR : Oleh kerana mereka menang besar mereka rasa rakyat boleh diabaikan dan mereka mula sikap kuku besi....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan